Konvensyen BN Selangor baru2 ini..
Dato Seri Najib telah membuktikan bahawa 1Malaysia bukanlah retorik semata-mata. Ini dibuktikan dengan mengekalkan calon dari MIC untuk p/raya kecil di Hulu Selangor bulan ini. Ramai skeptik yang kecewa dengan pilihan Dato Seri namun, Dato Seri Najib telah awal-awal mengingatkan bahawa calun pilihan BN harus diberi sokongan oleh semua parti komponene. Cuba kita lihat statistik di bawah ini...
Keputusan PRU 2008:
P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979 (MIC)
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177
N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985 (UMNO)
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436
N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555 (MCA)
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107
N09407 - BATANG KALI
Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724 (UMNO)
Di peringkat parlimen, MIC kalah tipis pada arwah Dato Zainal. Namun apa yang menariknya ialah, BN sememangnya dari dulu sudah mengamalkan prinsip 1Malaysia.
Pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Berdasarkan statistik di atas, jika UMNO dituduh rasis, seharusnya calon bagi Parlimen Hulu Selangor diberi kepada UMNO sahaja bukan? Lebih-lebih lagi apabila prestasi MIC di p/raya umum 2008 yang agak teruk secara keseluruhannya, ramai yang menganggap harus diletakkan calon UMNO. Namun atas dasar prinsip 1Malaysia, Dato Seri Najib telah mengumumkan calun dari MIC.
Ini kerana, jika dilihat pada wakil-wakil DUN di bawah parlimen Hulu Selangor, UMNO dan MCA sudah pun ada wakil. Jadi, dengan meletakkan MIC sebagai calon di peringkat Parlimen, maka cukuplah wakil-wakil bagi pengundi-pengundi mengikut kaum di kawasan Parlimen Hulu Kelang. Ini lah prinsip permuafakatan yang sebenarnya telah dipegang BN dari dulu sehingga sekarang. Insya Allah..dengan semangat dan permuafakatan ini..dan usaha gigih dari semua peringat dalam BN..kita akan menang dan menumbangkan Pakatan Haram...
p/s: Mana logo pakatan haram yg diwar-warkan dulu??Tak pakai ka?kata nak bergabung jadi satu parti??
Menjawab komen awak dalam blog dr. novandri...
ReplyDeleteApa pula PAS for Israel... UMNO lah for Israel.. PAS awak tengok sendiri la... pemimpin dia berjiwa Islam... isteri mereka menutup aurat dgn sempurna. Isteri pemimpin UMNO mana ada tutup aurat... sudut tu pun orang tau sapa yang ikut Islam dan sapa yang anti-Islam... wanita UMNO lagi teruk... tak payah cakap la gaya ketua wanita dia tutup aurat... lebih kurang Israel juga....
Karpal Singh pun suruh ANWAR bertaubat..pemimpin PAS xnk suruh ANWAR bertaubat ke?lagi teruk meliwat?mcm ne nk jawab tu?
ReplyDeletePAS berjiwa Islam??
ReplyDeleteAda pemimpin PAS yang cukai pendapatannya beratus ribu ringgit..kalau cukai pendapatan beratus ribu ringgit?berapa agaknya pendapatannya??tanya bekas blogger PAS..http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/05/adun-pas-hutang-cukai-pendapatan-hampir-sejuta-ringgit/