Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, April 17, 2010

Anwar Ibrahim Menipu Lagi..


Anwar memang penipu besar..juak-juak PAS tak pernah serik-serik kene tipu.Asal benda yang nak melingkupkan UMNO sahaja..mereka-mereka terus percaya kata-kata Anwar, tanpa selidik apa-apa. Asal dilaporkan Harakah (yg laporannya selalu ikut apa yg Anwar cerita) mereka terus percaya. Anwar seumpama dewa bagi mereka manakala Harakah pula adalah seperti buku teks atau buku agama mereka. Bernama tempohari melaporkan bahawa, Timb. Menteri Dalam Negeri, Dato Wira Abu Seman menafikan laporan Anwar mengenai penglibatan Israel dalam PDRM...

Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Selasa menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam projek "Police Reporting System" (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.



Anwar haritu bercakap dalam Dewan Rakyat dia ada dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang menjadi subkontraktor untuk upgrade sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Bahagian mana yang Anwar kata ada perisik Israel??

Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.

"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.

Bahagian ni Anwar menipu lagi

Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.

"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya.

Bermakna kerajaan telahpun mengambil langkah sewajarnya walaupun tiada pun sebenarnya ancaman Israel nak selidik hal polis kita.

Beliau berkata dakwaan Anwar bahawa projek RMPnet iaitu projek sistem komunikasi radio dua hala yang dibangunkan oleh Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) dengan kerjasama MPC ada kaitan dengan Apco Worldwide, juga tidak benar.

"RMPnet adalah projek menaik taraf sistem komunikasi analog konvensional PDRM kepada sistem komunikasi taktikal digital yang dapat menjamin keselamatan maklumat dan peningkatan keberkesanan PDRM.

"MTSB melaksanakannya berdasarkan piawaian Apco P25 yang dibangunkan oleh 'Association of Public Safety Communications Officials' yang dikenali dengan nama ringkas Apco International.

"Apco International tiada kaitan langsung dengan Apco Worldwide yang merupakan syarikat perunding perhubungan awam manakala RMPnet dan PRS merupakan dua projek berasingan dan tiada kaitan sama sekali," katanya.

Anwar memang kaki menipu..APCO lain orang guna..APCO lain yang di cakap..dasar pembelit, penipu...MUNAFIQ!!

2 comments:

  1. Sebenarnya PKR yg berkerjasama dengan yahudi..

    ReplyDelete
  2. Anwar bukan memperjuangkan rakyat..dia hanya memikirkan untuk mendapatkan kuasa..dia hanya pandai mereka-reka sensasi utk popular..bukan mementingkan nasib rakyat..

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages