Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, February 5, 2010

ISU YBK…KHALID TERDESAK NAK PROJEK YBK??


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim amat mengidamkan kerusi Pengerusi YBK. Melalui surat dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor kepada Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom, Khalid mahu duduk sebagai Pengerusi YBK manakala Exco Selangor iaitu Rodziah diarahkan untuk menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah. Cuba lihat surat di bawah ini.



Yang peliknya, bagaimana pula Majlis Mesyuarat Negeri Kerajaan membuat keputusan terhadap NGO yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri? Adakah YBK anak syarikat negeri??Tidak! Khalid memberi alasan supaya dia dapat mengawal dan menjaga kepentingan negeri. Bagaimana kita hendak percaya kepada Khalid sedangkan dia pon ada kes hutang RM66 kita di mahkamah yang masih sangkut??

Untuk pengetahuan semua, YBK telah membantu dan membela kebajikan pendidikan lebih 3,000 penuntut miskin yang sebahagian besar dari mereka telah mendapat pengajian tinggi di IPT dan keluar menjadi profesyenal. Belum diambilkira program-program lain YBK.

Projek UITM YBK yang sedang menjadi isu sekarang ini boleh mendatangkan pendapatan bernilai RM300 juta hasil projek pembinaan kampus UITM. Atas apa sebab yang kita harus letak kepercayaan kepada Khalid??Dia suci dan maksum?? Nik Aziz yang orang kata alim tu pon boleh termakan haji tajaan sebuah syarikat. Ini kan pula Khalid Ibrahim.

Melalui surat ini juga, didapati budaya ugut-mengugut diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Ini kah yang dinamakan kerajaan berkebajikan? Ini lebih kepada budaya gangster! Inikah nasihat yang diberi oleh Penasihat 1RM Anwar Ibrahim?

Menurut blogger theUnspinners.blogspot.com, terdapat beberapa putar belit yang dilakukan oleh MB gagap ini:

· Kalau sebabnya untuk memastikan tanah yang pernah diberikan dijalankan dengan baik, adakah kerajaan pimpinan Khalid yang berikan tanah itu? Tidak perlu untuk Khalid untuk berpura-pura bertanggungjawab melainkan ada niat jahat seperti untuk merampas kembali tanah tersebut.

· Jika benarlah kerajaan pimpinan Khalid mahu bersifat tanggungjawab dan pantau tanah-tanah yang pernah diberikan kerajaan negeri, Khalid patut patut menuntut tempat dalam semua Lembaga Pengarah syarikat yang membangunkan “state land”.

· Bagaimana hendak mempercayai kata-kata Khalid yang mana kerajaan negeri dibawah kepimpinannnya bergelumang dengan kes-kes penyelewengan dan tentadboran tidak cekap seperti peruntukan ADUN DAP, konsesi pasir Semesta, tanah sekolah Tamil di I-City, roundtripping dan hutang Talam, salahguna wang kerajaan untuk kereta peribadi, dan lain-lain?

· Adakah baik niatnya jika diteruskan ugutan terhadap YBK? Yayasan yang berperanan membantu orang miskin akan berakhir dengan tanah mereka dirampas, usaha membesarkan kampus UiTM terbatal yang menafikan peluang pelajaran anak-anak Bumiputera, dan usaha Yayasan membela orang miskin terbantut.

· Perasaan dengki satu hal, Khalid mahukan jawatan Pengerusi supaya aset dan wang dalam Yayasan dapat disalurkan untuk kegunaan politik PKR tanpa perlu berusaha dan membentuk apa-apa inisiatif. Dahlah tidak buat apa-apa, ini nak ambil inisiatif orang untuk kepentingan diri sendiri.

· Tugas kerajaan negeri bukan mentadbir NGO tetapi mentadbir negeri. Dengan keadaan kewangan yang begitu mengerikan, negeri tidak ditadbir dengan baik. Ini pula nak tadbir NGO pula.

· Sebuah Yayasan ada Lembaga Pemegang Amanah yang mana jumlah ahli Pemegang Amanah bebas adalah lebih dari jumlah ahli Pemegang Amanah yang dicalunkan oleh pemula inisiatif. Sebarang penyelewengan sudah ada Lembaga yang memantau yang mana jika tdiak dijalankan dengan tegas, undang-undang Pemegang Amanah adalah sangat keras hukumannya.

· Khalid perlu buktikan ada penyelewengan dalam YBK. Jika tidak dia tidak ada asas untuk menggunakan alasan sedemikian. Kemungkinan sekali, Khalid hanya mahu mengorek rahsia dalam YBK untuk dijadikan isu politik. Itu jahat sekali niat.

Sementara itu, Dato Noh Omar telah membandingkan kesediaan Khalid untuk menyedut untuk dibersihkan hutang Talam sebanyak RM391 juta menggunakan duit kerajaan tetapi cukai tertunggak YBK tidak boleh dibincang dan diselesaikan bersama. Noh menyifatkan Khalid sebagai tamak haloba, gila kuasa dan mementingkan soal politik sahaja sanggup mensabotaj YBK. Apabila permintaan Khalid untuk dilantik sebagai Pengerusi YBK tidak diendahkan, YBK ugut mahu rampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta milik yayasan.

Kesimpulannya, Khalid Ibrahim adalah seorang yang pendendam dan hati busuk. Yayasan Basmi Kemiskinan pon Khalid mahu bermusuh hanya kerana lubang $$$. Kepada semua, mahukah kita dipimpin lagi dengan Menteri Besar seperti ini???Tepuk dada, Tanya selera…

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages