Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, January 8, 2010

Lawak Politik: Nizar - "Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"

Nizar bersalam dengan Raja Dr. Nazrin macam salam ngn kawan-kawan DAP dia..siap pengang belakang...

Nizar kemalangan di Jalan Dr. Raja Nazrin Shah

Asyik berpolitik je hari-hari minda kita pasti bosan. Sesekali kita hendak juga merehatkan otak lebih2 lagi hari jumaat ni. Ada satu lawak yang ingin kami utarakan, namun lawak masih lagi berputar pada politik (apa boleh buat...hehe).

Papa gomo ada melaporkan bahawa, jika mengikut undang2, Nizar boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau dia betol memandu berbahaya. Tetapi yang lawaknya, papa gomo ada refer satu blog ni yang mengatakan nizar menggadaikan nyawa sendiri untuk mengelakkan orang lain terkorban semasa kemalangan beliau. Apa ke lawak la blog ni..cuba baca...

"Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk. Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital. Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..! Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!

Begitulah taksubnya penyokong-penyokong PAS ataupon pakatan terhadap pemimpin mereka. Sampaikan dah eksiden pon masih lagi nak berkokok macam jaguh. Sepatutnya mereka melihat dengan insaf, mungkin kemalangan ini adalah ingatan dari Allah S.W.T kepada dirinya, wallahualam.

3 comments:

  1. yg betul nye die dah melebihi had laju. kawasan tu leh bawak 70km/h jer. kalau betul dengan kelajuan tu dah tentu die sempat berhenti. ni dah tentu memandu secara melulu dan merbahaya. ingat die tu terkenal leh langgar undang2 ker. skang dapat la langgar pembahagi jalan. kreta baru dan changgih, ada ABS, SSR dan banyak lagi system keselamatan. tapi lo pelan xkan la leh terbalik.

    ReplyDelete
  2. ni semua keje gila..dia ingat dia hero la sangat..dia tak sedar..kalau lepas2 ni eksiden ngelak lembu takkan nak cakap...."Dari saya langgar lembu tu baik saya langgar pembahagi jalan"

    ReplyDelete
  3. dia ni patut kene seksyen 43(1) je..senang..takkan la kete toyota camry yang MEWAH tu boleh terbalik..dia sepatutnya lebih peka..jalan tu ade simpang..bila-bila masa saja org bole keluar secara tiba-tiba.kalau ikut peraturan kemalangan takkan berlaku..dan kalau ikut had laju tak mungkin kereta tu bole terbalik..renung2kan lah wahai DS nizar..mungkin itu peringatan Allah kepada umatnya yang sudah tersasar jauh..wallahualam..tapi ape pun syukur kerana dia masih selamat dalam kejadian ni mugkin kerana Allah memberinya peluang untuk bertaubat dan berubah..wallahualam...

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages