Wednesday, December 16, 2009

Program Awal Muharram Pemuda UMNO bahagian Puchong


Pemuda UMNO Bhg. Puchong akan mengadakan program sempena awal Muharam pada 17hb Disember 2009 bertempat di Masjid Istiqomah, Kg. Sri Langkas Tambahan, Puchong. Program yang akan bermula pada jam 6.15 petang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti bacaan yassin dan doa akhir tahun, solat maghrib dan solat isya' berjamaah, dan forum awal muharam. Jamuan akan disediakan.Dengan ini, masyarakat Muslim di sekitar Puchong dan Serdang dijemput hadir untuk mengimarah aktiviti ini.

Kami team Ikrar Pemuda serta Pemuda UMNO Bahagian Puchong, ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Saturday, December 12, 2009

Pengambilan Rela baru di Pusat Rakan Muda Puchong


Sesiapa yang berminat terutamanya di kawasan Serdang dan Puchong yang ingin menyumbang bakti kepada masyarakat dijemput hadir untuk menjadi anggota Rela. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau RELA negeri Selangor akan mengadakan pengambilan ahli baru pada 13 Disember 2009 (Ahad) di Pusat Rakan Muda Puchong, Selangor bermula jam 9 pagi. Taklimat dari Pengarah Rela Negeri Selangor juga akan diadakan.

Monday, December 7, 2009

PM Australia tak ingin jumpa Anwar, Anwar marah...err..Siapa Anwar?

Anwar Ibrahim baru-baru ini telah pergi ke Australia atas undangan untuk menemberang orang2 di sana. Menurut blog AIDC, Anwar mahu berjumpa dengan Perdana Menteri Australia atas sebab apa tak tahulah, sempena lawatan Anwar ke sana. Tapi biasalah, mana lah seorang Perdana Menteri nak jumpa orang yang tak tau hujung pangkalnya dan bukan pon seorang menteri...itu protokol biasa lah kan? Tapi bila Anwar tak dapat jumpa, mula la dia melenting, dia kata la Kevin Rudd tu macam-macam. The Age Australia ada melaporkan..

Rudd accused of appeasing Malaysia
DAVID ROOD
December 5, 2009
MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim has accused Kevin Rudd of appeasing Malaysia's ''corrupt leaders'' in the continuing fallout from the Prime Minister's decision not to meet Mr Anwar.

Mr Anwar, who is in Melbourne to speak at the Parliament of World Religions, said Mr Rudd was acting in the interests of diplomacy but the snub was unwise and ignored the importance of ethics and morality.

''He was too obsessed with interests of getting the two countries together [and therefore] appease Malaysia's corrupt leaders,'' he said.

begitulah Anwar, tak tau malu, dah la bernilai seringgit, tapi ada hati nak jumpa Perdana Menteri Australia, konon dia la wakil Amerika di Asia Pasifik ni agaknya. Anwar menjadi sakit hati apabila Kevin Rudd yang mengiktiraf kepimpinan Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional, dan dia lebih sakit hati apabila Kevin Rudd tak mau tengok muka Anwar. Jadi dia tuduh Kevin Rudd mengiktiraf kempimpinan penuh korup kerajaan Malaysia.

Bagi Anwar dia sahaja yang betol dan apa yang dia mahukan itu juga yang betul. Sampaikan PM Australia pon dia rasa dia lagi bagus....aduss...inilah dia taraf servis yang akan diberi oleh manusia yang diberi gaji RM1 pada kepada negeri Selangor

Tuesday, December 1, 2009

UMNO dan BN memperjuangkan Rakyat!: Syabas Dato Noh Omar! Ronnie Liu tak boleh harap!







Saksikan video pertikaman lidah Dato' Noh Omar bersama Ronnie Liu. Dato' Noh Omar adalah ahli Parlimen Tanjung Karang dan Menteri Pertanian cuba menyelesaikan perumahan setinggan yang menduduki tanah milik LKIM (Lembaga Perikanan Malaysia) di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Yang bestnya dalam video tu, orang Cina pon marah pada Ronnie Liu.

Menurut Dato' Noh Omar, “Kita sudah suruh LKIM serahkan tanah lebih satu ekar (0.4 hektar) untuk dibuat tokong dan rumah untuk ganti rugi. Bukan saja kita bagi rumah, kita bagi ganti rugi tokong RM15,000 dan penduduk terbabit berjumlah RM80,000.

“Duit dah bagi lebih awal, semua dah selesai sebelum ini,” katanya lepas sesi dialog bersama penduduk di Pasir Penambang di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu. Ronnie Liu kononnya mahu mempertahankan tokong tersebut kerana dia mengatakan bahawa projek perumahan tersebut mengganggu tokong ini.

Orang2 PAS (pejuang Islam) duduk la diam macam bodoh je, BN nak buat rumah untuk rakyat, tapi kafir ni membantah sebab dekat dengan tokong dia. Bukankah tokong ni dah dapat tanah dan duit?? Ini merupakan tindakan busuk Pakatan Haram dalam mengganggu Kerajaan BN membantu rakyat di Selangor.

credit to gerakan anti pkr dan rbf