Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, November 8, 2009

PAS: Rumah tangga jadi cagaran, keluar parti, isteri akan dicerai talak tiga


PAS hanyalah sebuah parti, jauh nak dikatakan sebagai PAS itu sama sebagai agama Islam. Jadi kenapa sampai nak bersumpah menceraikan isteri sampai talak tiga. Pimpinan PAS tu ada yang mempunyai 3,4 bini takpe lah, tapi kalau yang ada satu je macamana? Isteri tu lah yang jaga makan minum, sakit pening tapi last-last jadi cagaran pulak atas sebab nak kekalkan kuasa??

PAS bukan maksum, orang PAS bukan maksum, Nik Aziz bukan maksum, bila-bila mereka boleh terpesong kerana mereka hanya manusia biasa. Kalau pimpinan mereka terpesong mahukah lagi mereka ni kekal dalam parti?atau sanggup tinggalkan parti dan tinggalkan jugak isteri tercinta??Anak-anak pun dijadikan cagaran, begitulah kesetiaan orang2 PAS kepada parti lebih taat dari menjaga keluarga. Allah menyuruh kita menjaga keluarga dan anak2, tapi Allah tak suruh kita jaga parti! Mereka ini sebenarnya bukan beragama Islam tetapi beragama PAS. Jika mereka beragama Islam sudah pasti mereka ini tidak berbuat demikian kerana kecintaan terhadap agama itu lebih tinggi dari sebuah organisasi.

Mufti-mufti di Malaysia seharusnya berbincang dan memberi pendapat terhadap situasi ini. Tindakan ini harus diberi panduan berdasarkan Al-Quran dan hadis. Ada la jugak perempuan dari PAS yang bodoh menyokong perbuatan ni.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini."

Ketua Dewan Muslimat PAS ni macam bagus je tapi suami dia ada sign tak benda sama??atau dia ada sign tak kalau dia keluar PAS suami dia pon akan ceraikan dia talak tiga??

Kasih pada isteri sama jugak kasih sama parti?, dia ni ikut ajaran mana? Rumahtangga tu lah yang boleh membawa ke syurga bukan parti PAS. Ini dah kira macam ajaran sesat dah, rumahtangga pun jadi cagaran. Lepas ni tukar je lah PAS tu jadi Parti Ajaran Sesat Se Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages