Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, October 29, 2009

PKR Selangor Bergolak, ADUN Port Klang keluar parti dan menyokong BN!


Badrul Hisham selepas membuat pengumuman keluar parti - The Star

Petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah telah mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Pengumuman ini berlaku sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor membuat pengumuman supaya mengusulkan kepada pimpinan PKR supaya Badrul melucutkan jawatan. Gila ke ape Tan Sri Khalid??Bukan dia dan keluarga dia yang lantik Badrul tu??Badrul adalah pilihan rakyat, dan Badrul mempunyai hak seb
agai wakil rakyat yang dipilih pengundi untuk meneruskan atau tidak. Adakah Khalid faham mengenai proses politik di Malaysia ini?Nah, ternyata, pengumuman yang dibuat Badrul sememangnya menampar kewibawaan Khalid sebagai MB Selangor.

Kenyataan Tan Sri Khalid yang memberitahu bahawa Badrul Hisham mempunyai masalah mental dan juga masalah kesihatan akibat dari kemalangan amat-amat mengejutkan. Dalam erti kata lain Khalid memberitahu bahawa Badrul Hisham patut letak jawatan antara sebabnya ialah gila. Dalam kenyatan akhbarnya, Badrul amat kecewa dan menafikan kenyataan Tan Sri Khalid itu.

“Khalid’s claim that I need psychiatric treatment and that I am suffering from a medical condition due to an accident is a blatant lie,” katanya dalam The Star.

Selain itu juga tindakan kepimpinan Khalid yang tidak memberi peruntukan ADUN terus kepadanya telah membuatkan Badrul berasa kecewa dengan Tan Sri Khalid. Sebaliknya peruntukan itu disalurkan kepada Setiausahanya iaitu Nik Nazmi yang juga telah membuka sebuah lagi pusat khidmat masyarakat di kawasan DUN Pelabuhan Klang.
Apalagi Hassan Ali..keluar je PAS, termenung buat pe??


Berbeza pula dengan sorang lagi ADUN Pakatan pembangkang iaitu Hassan Ali. Dia telah dicap seolah-olah sebagai pengkhianat dalam PAS kerana cuba berunding dengan UMNO. Berikut adalah tulisan seorang yg agak PRO pembangkang:

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

....

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Nampak sangat Pakatan pembangkang ini diulit banyak masalah. Ya memang benar UMNO juga ada masalah, tetapi itu adalah disebabkan kekalahan besar BN pada PRU lepas, dan seperti mana-mana organisasi yang mengalami kerugian atau kekalahan, sememangnya akan ada masalah, dan UMNO ternyata telah membuat beberapa perubahan dan pembaharuan. Pakatan pembangkang adalah parti-parti yang menang jadi kenapa perlu ada masalah sekritikal sebegini dalam masa tak sampai 2 tahun selepas kemenangan besar mereka pada PRU lepas??

Ini menunjukkan yang mereka tidak mampu untuk mentadbir parti mereka sendiri. Persoalannya sekarang, mampukah mereka memimpin negeri2 seperti Selangor, Kedah dan lain2??Macamanalah agaknya nak memimpin Malaysia pulak kalau dah macam ni gaya nya?? Mari kita tolak mereka pada PRU 13 nanti!!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages