Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, February 28, 2020

Tiada Dewan Rakyat Khas Isnin ini !!

Image result for Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

Yang Dipertua, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.
Beliau berkata menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim dan mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli Pemberitahuan Usul yang lengkap.
“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.
Image result for mesyuarat khas

“Namun, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Setakat ini, tiada notis dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof  berkata, keperluan untuk mengadakan mesyuarat itu akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.
“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan mengenai notis serta tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ini susulan pemakluman oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatkan sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada Isnin ini untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages