f BOLEH GANTI BAUCAR BUKU UNTUK BELI GULA? ~ Ikrar Pemuda

Thursday, January 2, 2014

BOLEH GANTI BAUCAR BUKU UNTUK BELI GULA?


Pengumuman penarikan subsidi gula bermula Oktober tahun lalu mencipta satu perasaan marah dari segenap lapisan masyarakat. Subsidi gula yang diberikan sebelum ini dapat dirasai semua orang yang berada di Malaysia, tak kira warganegara ataupun bukan warganegara...adakah ianya adil?

Menurut laporan Sinar Harian Oktober lalu, kerajaan akan berjimat sebanyak RM551.25 juta di atas penarikan subsidi gula.



Manakala bermula Januari ini, kerajaan akan sediakan sebanyak RM540 juta untuk bantuan-bantuan seperti bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.


Jika diberi pilihan, adakah bantuan yang diberi untuk beli buku anak-anak belajar digantikan dengan membeli gula??

Mana lebih penting?? Gula atau buku anak-anak? Mana lebih adil? Bantuan diberi HANYA kepada rakyat Malaysia, atau SUBSIDI YANG DIBERI KEPADA SEMUA ORANG TAK KIRA KEWARGANEGARAAN?

Walaubagaimanapun, penarikan subsidi gula dan juga kenaikan petrol menyebabkan peniaga-peniaga menaikkan harga barangan mereka...ini yang harus diberi juga perhatian oleh kerajaan agar tindakan peniaga-peniaga ini tidak membebankan rakyat..

1 comment:

  1. Aku hairan pasal gula naik 20 sen riuh. Satu bulan berapa kilo yang engkau kedarah? Paling banyak 4 kilo. Maknanya untuk gula tambah 80 sen sebulan. Duit rokok pun lagi banyak. Kalau kau perhatikan orang yang protes harga naik adalah orang-orang yang berada. Rumah mereka mesti ada Astro.

    ReplyDelete