Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, September 4, 2013

HARGA MINYAK DITENTUKAN OLEH UNDI??


Ramai yang marah dengan Najib sebab naikkan harga minyak sebanyak RM0.20 semalam. Kami di Ikrar Pemuda pon marah juga..mana tak marah..dah la bagi tau secara mendadak..lepas tu orang pon ramai berpusu-pusu ke stesen minyak sampai jem nak isi minyak..

Juak-juak Pakatan bukan main sedap lagi membantai di laman-laman sosial dengan menyalahkan rakyat yang mengundi BN pada PRU13 yang lepas menjadi punca kenaikan tersebut....Kononnya kalau lah Pakatan Haram menang haritu..pasti harga minyak akan jadi lebih rendah dan tidak akan naik sampai bila-bila...

Ketika ini, semua orang tahu bahawa di Timur Tengah, krisis sedang berlaku di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Syria. Walaupun Mesir dan Syria bukanlah negara pengeluar minyak terbesar dunia,tetapi ketegangan di sana bakal mengundang kacau bilau di laluan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal-kapal minyak dari timur ke barat vice versa [BACA SINI]. Wikipedia pula menunjukkan bahawa tiap kali ada masalah di Timur Tengah, maka harga minyak mentah setong akan melonjak. Kejatuhan nilai ringgit juga adalah di antara punca harga minyak dinaikkan kerana nilai ringgit lebih rendah dari sebelum ini manakala harga minyak setong yang diurus niaga dalam US dollar pula makin meningkat terutama dalam bulan ini.

Sebelum kita, negara-negara seperti India, Pakistan, Indonesia (naik 44%) dan Filipina sudah pon mengalami kenaikan minyak beberapa bulan yang lalu, dan harga minyak mereka ternyata lagi tinggi berbanding di Malaysia. Ini bermakna, kenaikan ini bukanlah saja-saja tetapi ADALAH KERANA terkesan akibat dari perkara yang telah disebutkan di atas tadi.

Ada yang kata kenapa nak compare dengan India, Pakistan, Indonesia atau Filipina..mereka bukan negara pengeluar minyak.. Memanglah Malaysia negara pengeluar minyak..tapi HANYA 0.82% dari pengeluaran dunia..TAK SAMPAI PON 1%!!! Kalau ikut ranking Malaysia adalah pengeluar minyak ke-27 terbesar dunia..bukan top 10! Dan bukan ahli OPEC pon!! Tapi harga Minyak Malaysia adalah dalam ranking 17 paling rendah DI DUNIA!!

Walaubagaimanapun, kami tahu ramai agak terkesan atau pun terkejut dengan kenaikan ini...Namun, kami sudah tunjukkan bahawa UNDI atau pun Parti Politik, Stopa Spender atau pun Anwar Ibrahim sekalipun bukanlah faktor penurunan atau kenaikan harga minyak di negara ini.

5 comments:

  1. Setuju.. setuju.... dari melenting tak tentu pasal lebih baik kita ikhtiar dari sekarang utk kurangkan penggunaan minyak... masalah ni memang tak dapat dielakkan dan mungkin lebih parah pd masa akan dtg.... apa kata kerajaan bagi subsidi bagi pemasangan alat untuk jimat minyak.. memang terbukti menjimatkan.... atau kerajaan beli bundle dan salur pd bengkel2 kereta jadi depa hanya amek kos pemasangan aje.... ada ok ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan lagi Kedai rakyat 1Malaysia menjual produk IKS Bumiputera -Islam di kampung-kampung. Teruskan kempen Boikot Barang Cina (BBC) kerana merekalah punca barang naik tak kira harga petrol naik atau turun. Time macam ni kita perlu jihad ekonomi mendahulukan produk Bumiputera Islam bukan terus menerus merungut.

      Setiap kesusahan Allah sediakan jalan kemudahan (Al-Quran surah Al Insyirah 5-6)

      Delete
  2. RON 95 + subsidi = RM2.73 lebih mahal dari RON97 tanpa subsidi RM2.70...ini nak putar ke mana pula?

    ReplyDelete
  3. Rujukan harga minyak boleh dilihat di sini http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=crude-oil&months=240&currency=myr
    jika dilihat, harga minyak dunia telah melonjak agak mendadak juga dari bulan lepas.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages