f TANDA PUTERA ITU RASIS, NEW VILLAGE TAKPE SEBAB UMNO GENG KOMUNIS ~ Ikrar Pemuda

Monday, July 29, 2013

TANDA PUTERA ITU RASIS, NEW VILLAGE TAKPE SEBAB UMNO GENG KOMUNIS



Bila terkena hidung sendiri Lim Guan Eng mula lah cari salah di tempat lain..tapi adakah rakyat begitu mudah diperbodohkan oleh Guan Eng..orang PAS mungkin boleh..bagi majoriti umat Islam pula..tidak..

Dulu masa Tanda Putera nak ditayangkan macam-macam DAP melalui Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng tu bising..



Tapi bila filem The New Village, sebuah filem tempatan yang hanya penuh dengan pelakon berbangsa Cina dan mengisahkan perjuangan komunis di Tanah Melayu dibantah penayangannya, Lim Guan Eng salahkan Pemuda UMNO ada jalinan dengan Youth Communist Movement dari negara China..

Adakah Lim Guan Eng menyokong perjuangan Komunis yang telah membunuh umat Islam yang terdiri dari rakyat jelata dan anggota keselamatan seperti di Bukit Kepong?

Pemuda UMNO ada jalinan dengan Communist Youth League of China untuk mempereratkan hubungan belia dua negara, semestinyalah melalui parti pemerintah di China..takkan melalui parti pembangkang China pulak? Sengal ke hape Lim Guan Eng ini?

Nampak tak macamana Lim Guan Eng nak spin isu ini?? Dia mencari kesalahan tetapi sebenarnya dia tak kupas pon isu filem New Village tu..tapi kalau pasal filem Tanda Putera, terang-terang dia dan bapaknya bantah dan tuduh macam-macam..



1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

    Sekian, jutaan terima kasih.


    Rakyat News

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete