Anwar patut tiru Ustaz Azhar Idrus..
Tak tau lah kenapa ada jugak manusia manusia yang akalnya terima bersesak beramai-ramai untuk mendengar keluhan seorang yang tak dapat jadi Perdana Menteri. Maka di salahkannya lah SPR menipu dan sebagainya. Kalau tengok pada ucapan Anwar tak habis-habis kata "We will never surrender"...
We?? Untuk siapa? Untuk rakyat ke untuk kau yang meroyan tak dapat jadi PM??
Tolonglah...tak payahlah babitkan rakyat kalau kau meroyan tak dapat jadi PM. Pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain dah tak sabar nak buat kerja untuk kawasan yang mereka menang, kau nak bising-bising tak dapat jadi PM apa hal?
Kata SPR tipu, tapi pi jugak angkat sumpah jadi Ketua Menteri dan Menteri Besar di Penang, Selangor dan Kelantan...apa maknanya tu?? Bukankah hipokrit??
Pakatan cuba untuk bawa benda ni ke mahkamah..walhal mereka kata mahkamah di Malaysia tak telus..bila dah tersepit, baru percaya mahkamah..padahal, mahkamah yang sama jugak bebaskan dia dari tuduhan liwat Saiful.
PAS diam sahaja, kecuali Ketua Dewan Ulama yang menegah ahlinya pergi berhimpun Black 505, tapi ada jugak yang datang siap bawa bendera PAS, mafla PAS, siap bawak anak-anak lagi..
Nampak tak kecelaruan Pakatan sekarang ini!
Huru-hara, tak teratur, tak tersusun..
Yang paling penting, Anwar dan konco-konconya macam tak percaya pada Qada dan Qadar..
Yang paling teruk, tuduhan Anwar tentang 40 ribu Bangla mengundi langsung tak ada...tak habis-habis dia kata pasukan peguamnya sedang kumpul bukti..
Ingatlah..Anwar ni bukan nya nak bawak keadilan..dia cuma nak bawa berita sensasi...dia akan cuba cipta persepsi buruk rakyat kepada SPR dan kerajaan..dan itu lah kerja dia dari 2008 sehingga sekarang..
Tapi bila video China Doll dia keluar, dia kata itu fitnah..bila gambar dengan jantan dia keluar..itu fitnah katanya..dia baik sangatkah?
Sudah-sudahlah..
Tak kira lah parti mana yang kamu sokong, kami seru kepada semua, tolaklah pemimpin macam Anwar ini..dia tidak akan menguntungkan rakyat pun...dia cuma akan cipta huru-hara pada negara..
Huru-hara tidak kenal parti mana, negara pasti akan sengsara..
No comments:
Post a Comment