Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, November 10, 2012

HAJI HADI MENIPU: JANGAN BACA KALAU MALAS


Kata-kata permulaan Hj Hadi dalam ucapan nya di atas

"Sudah 50 tahun lebih kita mencapai kemerdekaan...kita beri amanah dan kepercayaan kepada pemimpin dalam parti perikatan..sekarang Barisan Nasional. Parti yang sama! 50 tahun tidak menunjukkan satu perubahan yang positif. Kita ketinggalan ke belakang lebih jauh daripada negara-negara lain. Rakyat berbagai kaum menderita, hanya segelintir sahaja yang senang lenang."

Itulah ayat-ayat awal dari seorang yang digelar PRESIDEN PAS, TUAN GURU HJ HADI AWANG.

Jika dikupas dari ayat awal, ternyata ianya pembohongan belaka.
Hadi kata selama 50 tahun tiada perubahan yang positif. Betul ke?

Zaman dulu, datuk nenek kita hidup susah. Nak makan susah, nak sekolah susah..apa tah lagi nak beli macam-macam. Banyak penyakit..bersalin pun ada di antara ibu-ibu yang meninggal, ada di antaranya pula kematian bayi. Lahir pula di kampung-kampung hanya dengan dukun menggunakan ubat-ubatan tradisional yang belum tentu dijamin mustajab.Ini belum cerita pasal kemampuan membeli kenderaan, kemampuan untuk ke sekolah tinggi, universiti dan juga bekerja.

Kemudian anak-anak mereka ini, iaitu mak bapak kita, ada yang bernasib baik berupaya belajar ke peringkat lebih tinggi. Ada yang sampai SPM pon kemudian dapat kerja baik sebagai kakitangan kerajaan. Ada pula yang berpeluang ke universiti kini menjawat jawatan dekan, timbalan dekan, naib canselor, profesor dan sebagainya. Mana yang jadi guru, mungkin di akhir karier dapat jadi guru besar, pengetua dan sebagainya. Kini mak bapak kita yang mana bersara mungkin menikmati pencen. Mana yang sudah tiada, pencen akan diwarisi oleh warisnya. Ada juga yang berniaga dan sampai membuka restoran. Berkahwin dan berkeluarga dan melahirkan anak di klinik-klinik, hospital dan bidan-bidan terlatih di kampung-kampung. Itulah ceria mak bapak kita pula. 

Bagaimana dengan anak-anak mereka ini? Kita lah tu...Lagi hebat...ramai di antara anak-anak mereka ini dapat masuk universiti. Ini kerana sudah banyak universiti telah dibina kerajaan di setiap negeri. Bantuan pelajaran berbentuk biasiswa dan pinjaman diberi kepada yang layak. Infrastruktur telah banyak dibina. Bersalin boleh di banyak hospital-hosptial, tiada dukun-dukun mahupun bidan-bidan. Malah ada yang lahirkan anak di hospital-hospital swasta! Rakyat juga sudah berkemampuan membeli kereta, bukan satu tapi ada yang dua. Ramai juga sudah ada kenderaan sendiri tak macam bapa dan atuk mereka dulu. Ramai berkelulusan tinggi. Ramai menjawat jawatan profesional, tak kurang juga ramai yang bekerja di pihak swasta. Itu belum cerita yang ramai sudah mempunyai device-device tablet, iPhone, ada akses internet dan sebagainya. Ramai juga ambil insuran demi masa hadapan nanti.

Namun ada di antara kita akan kata.."Aaahh...Kemajuan macam itu dah memang tanggunjawab mana-mana kerajaan"...Kerajaan yang macamana? Kalau kerajaan yang ada selama 50 tahun tak tumpukan kepada usaha untuk menaiktaraf hidp rakyat, takdelah kemajuan yang macam diceritakan di atas berlaku.

Dan ini semua adalah nikmat dari Allah SWT. Seharusnya umat Islam sentiasa bersatu dan memastikan kelangsungan kemajuan negara dapat dipertahankan. Bukan dengan melabel sesama Islam sebagai kafir dan bersekongkol dengan kafir laknat dan agen kafir yang ada hidden agenda untuk memusnah kan  negara dan agama Islam demi mendapatkan kuasa dan meruntuhkan apa yang ada!

Tetapi tiada dalam dunia ini kerajaan yang sempurna melainkan KERAJAAN ALLAH SWT. Ini kerana kerajaan di bawah pemerintahan BN didukungi manusia yang MEMANG punyai banyak kelemahan. Itu sebab kerajaan BN terutamanya di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak kini sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada demi kesejahteraan rakyat dan negara.  Malah PM pernah berkata "The days of the Government knows best are over". Memastikan kecemerlangan dalam transformasi negara ini bukanlah satu kerja yang mudah.

Namun, harus diingat, merubah segala-galanya tidak semestinya akan membawa satu kesempurnaan. Lebih-lebih lagi apabila "agen-agen perubahan" adalah terdiri daripada manusia yang tercemar akhlak dan mentalitinya. Apatah lagi apabila "agen-agen perubahan" ini 24 jam asyik menyalahkan orang lain, dan pada masa yang sama asyik menabur janji pada rakyat sahaja!

Kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh Hj Hadi di dalam ucapannya sebagai TIADA PERUBAHAN POSITIF SELEPAS BN MEMERINTAH 50 TAHUN ADALAH SATU PEMBOHONGAN BESAR OLEH SEORANG YANG BERGELAR PRESIDEN PARTI ISLAM!!! SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSANYA DAN KITA SEMUA.

7 comments:

  1. yer la lebih 50 thn tu yang TIDAK PERNAH berubah adalah engkau dan parti PAS tu hadi oiiii

    ReplyDelete
  2. Ini adalah yang buta segala2 nya ,sekarang pok nik boleh naik mercedes,anuar boleh songlap RM5 billion,orang melayu professional,mana rakyat yang menderita,rakyat kampong boleh beli kereta dan bermacam2 lagi.Hanya orang yang jahil dan buta mata dan hati saje yang tak nampak segala pencapaian negeri ini,Jangan jadi bodoh piang dan menganggap orang lain pon dungu macam Hadi.

    ReplyDelete
  3. Badigol hj hadi yg x bawa apa2 pun..krjanya mmecahbelahkan ,mengacaubilaukan negara ini saja...badigol samdol otak tolol..

    ReplyDelete
  4. ape yg dia tau hanya nak berjimak jer dgn berbini banyak ...tu sebab dungu..

    ReplyDelete
  5. sepatutnya Hj Hadi harus fikir balik apa yang PAS dah sumbangkan dalam tempoh 50 tahun M'sia merdeka..ada ke?

    ReplyDelete
  6. Kamu semua salah faham Haji Hadi sebenarnya merujuk kepada PAS di Kelantan tapi malu nak cakap so guna la nama BN.

    ReplyDelete
  7. Haji Babi memang bodoh.
    Klau asyik di kandang babi di suap ole tuan dapigs laknat maka bodoh lah selama2nya si haji Babi ni.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages