Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, October 25, 2012

RAMAI ANAK KELANTAN DIBUANG KERJA?


Kerajaan tak pernah nak diskriminasi mana-mana rakyat dari negeri mana-mana pun untuk diterima bekerja sebagai penjawat awam. Sebagai contoh, walaupun Kelantan sudah diperintah oleh PAS sejak 22 tahun lepas, tetapi ramai di antara rakyatnya diterima berkerja untuk kerajaan. Untuk rekod, sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41. Ini disampaikan oleh Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam. Menurutnya lagi, "Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan." [sumber: Berita Harian Online]

Ini membuktikan bahawa tiada diskriminasi terhadap rakyat dari mana-mana negeri untuk diterima bekerja bersama kerajaan.

Kalau kerajaan zalim, sepatutnya mana-mana calon dari negeri yang diperintah pihak pembangkang sekian lama, direject awal-awal. Tetapi kerajaan tidak berbuat begitu, malah, walaupun ramai pula di antara penjawat awam, yang menentang kerajaan. Dan tiada pula kita dengar ramai penjawat awam dibuang atau dipecat kerana menyokong parti pembangkang. Bila gaji naik, semua dapat, bila elaun naik semua dapat, tiada diskriminasi.

Namun, bukanlah bermaksud kerajaan yang sedia ada sempurna, tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Walaubagaimanapun, jika diambil kira perkhidmatan kerajaan 10 tahun dahulu dan dibandingkan dengan sekarang, ternyata perkhidmatan yang diberikan jauh lebih baik. Ini bermakna kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang lampau dari segi organisasi, kualiti dan juga perkhidmatan.




2 comments:

  1. Masalah nya mereka ini cakap di KL lain..cakap di Kelantan lain...balik kampung hasut rakyat kelate membenci kerajaan....Pe'el kenegerian sgt tebal !

    ReplyDelete
  2. ? DiJPA banyak pembagang totok Hampas.tak percaya cer periksa.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages