Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, October 12, 2012

MENENTANG KERAJAAN GUNA PERSEPSI?


Itulah yang Pakatan Haram mahukan dari rakyat...mereka tidak peduli sama ada ianya benar atau tidak, yang penting, imej Kerajaan yang memerintah kini harus diburuk seburuk yang mungkin agar rakyat benci terutamanya terhadap UMNO dan BN secara keseluruhannya..UMNO dan BN bukanlah parti yang maksum, tetapi secara umumnya mereka telah berjaya mentransformasi negara dari negara miskin kepada negara yang membangun..dan di antara negara yang punyai ekonomi yang baik di dunia..

Namun, itu tidak menjadi kudis bagi Pakatan kerana lebih buruk imej negara di mata rakyat Malaysia dan di dunia, ianya tidak mengapa...

Contoh-contoh persepsi negatif walau ianya tidak benar yang cuba ditimbulkan Pakatan Haram ialah kes Lynas..yang kemudian ianya terbukti fitnah...kemudian isu kapal Selam yang dikatakan PM mempunyai skandal dalam pembelian kapal selam tersebut..sekali lagi ianya disanggah oleh peguam dari Perancis..kini isu projek di Pengerang pula mereka mainkan..modus operandi nya seakan-akan sama macam kes Lynas di Pahang.

Apa jadi kempen Lynas? Ramai kaum Cina menyokong kempen ini? Kenapa sudah senyap?


Yang kelakarnya..projek-projek pelik seperti kutipan derma untuk bina lebuhraya di Kelantan takkan tak pelik? Buat highway pakai duit derma? Siapa pernah buat? Even di negara Jepun dan Australia sebagai contoh highwaynya pon ada tol...inikan mula negeri miskin macam Kelantan..bukan tak boleh buat, tapi pakai duit derma?

Bagaimana dengan kes video Anwar bersama China Doll..adakah ianya hanya untuk mencipta persepsi buruk kepada Anwar? Dah jelas terpampang dalam video itu adalah Anwar! Ketua Dewan Pemuda PAS pon kata boleh mendedah keaiban pemimpin...tapi kenapa PAS tutup sebelah mata?

Adakah dengan berjayanya Pakatan mencipa persepsi negatif terhadap kerajaan pimpinan BN bakal memberi kesejahteraan rakyat di akan datang kalau mereka berkuasa?

Ada yang kata, bagi la peluang pada mereka...peluang tak tiba dengan banyak..nak buat silap tak perlu banyak kali untuk hancurkan apa yang telah dibina sekian lama..sekali silap..habis semua..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages