MB Selangor amat berbangga dengan statusnya sebagai tokoh korporat yang pernah memimpin PNB dan Guthrie. Tak tau lah lantikannya itu pasal dia bagus atau pasal dia tu kroni. Tetapi kalau lah orangya bagus, sepatutnya apa yang dia pimpin patut dapat untunglah.
Masalahnya kini ialah, apa yang dia pegang semuanya rugi. Konon kata kerajaan negeri Selangor ada rizab paling tinggi dalam sejarah, tapi manifesto lepas banyak tak tunai sampaikan dia isytihar yang manifesto pilihanraya lepas tersebut BUKAN JANJI!!!
Perkara yang sama berlaku kepada Universiti Industri Selangor atau UNISEL. Sejak dipimpin oleh Pakatan Haram, UNISEL mencatat kerugian berjumlah RM 54.8 juta dan ini diketahui oleh MB sendiri kerana dia yang menandatangani kertas audit kewangan Unisel..
Khalid juga ada berjanji akan dedah laporan audit pada bulan Ogos..sekarang dah bulan berapa Khalid oii?? Takkan kita nak jadi rakyat yang selalu je kena tipu dengan menteri besar negeri kita?
No comments:
Post a Comment