Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, August 16, 2012

TANDA PUTERA DAH ADA TARIKH TAYANGAN

Linda Hashim..salah seorang pelakon utama Tanda Putera

Filem epik sejarah tanahair Tanda Putera yang ditunda tarikhnya telah mendapat tarikh tayangan yang baru. Filem yang dikritik hebat oleh DAP (walaupun belum menontonnya) pada mulanya akan ditayangkan pada bulan ini. Namun menurut Utusan, filem tersebut akan ditayangkan pada 15 November ini.Jom ramai-ramai tonton filem epik sejarah tanahair ini.


Sinopsis filem:
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Sumber:: http://anizyn.blogspot.com/2012/07/sinopsis-tanda-putera-lakonan-rusdi.html


Ikuti trailer filem ini di bawah:


2 comments:

  1. APA MASALAH NYA FILEM BERKUALITI DAN BERFAKTA INI PERLU DITANGGUH SEBEGITU LAMA, KENAPA LPF DAN PIHAK BERWAJIB LAIN TERLALU TUNDUK DAN DAYUS SANGAT DENGAN TEKANAN POLITIK.....TERUSKAN SAJA TAYANGAN TERSEBUT DEMI KESINAMBUNAGAN PENGKARYA DAN PENGIAT SENI....USAH DIBUNUH KARYA-KARYA YANG BERKUALITI..KALAU MACAM INI SAMPAI BILA PUN FILEM BERUNSUR SEJARAH DAN BERKUALITI TIDAK MAMPU DIANGKAT MARTABAT DAN KEDUDUKANNYA....DAN SAMPAI BILA FILEM KITA SAPERTI MELUKUT TEPI GANTANG.....TERUSKAN TAYANGAN USAH PEDULI TEKANAN.......YANG PENTING FILEM KITA UNTUK KITA.........abe zul kelate

    ReplyDelete
  2. ya betul tu muda mudi sekarang perlu tgk film ni untuk tahu sejarah malaysia

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages