f PRESIDEN PAS JATUHKAN MARUAH PAS ~ Ikrar Pemuda

Friday, August 24, 2012

PRESIDEN PAS JATUHKAN MARUAH PAS

Awek tolak motor...

Hadi kata DAP BERHAK TOLAK HUDUD...tapi apa pasal dia tak cakap yang Anwar serta PKR pon tolak hudud? Kalau tak kenapa dalam BUKU JINGGAY mereka tiada hudud? Kenapa dia tak kata yang dia mahu dakwah sama Anwar dan PKR untuk terima Hudud sekali?


Hj Hadi ni tak habis-habis nak kencing rakyat...HUDUD pula makin jadi mainan PAS ketika pilihanraya makin dekat..Walhal masa dia jadi MB Terengganu dulu pun dia boleh kata Hudud hanya 0.0001 peratus dari perundangan Islam..

Bayangkan kalau semasa mencapai kemerdekaan dulu, UMNO mahu implement hudud, mahukah ketika itu parti-parti lain bergabung? Dapatkah kita kemerdekaan yang kita capai selama ini?

Sedangkan dalam mengisi kemerdekaan ini, kerajaan dengan bermacam cara memberi ruang pembangunan Islam dalam pelbagai bentuk termasuk perundangan (undang-undang syariah), perbankan, pendidikan dan macam-macam lagi..

PAS buat apa dalam tempoh 55 tahun kemerdekaan? Berapa ramai DAP yang dia telah Islam kan?


Percayalah tuan puan, kalau Hj Hadi bertemu di meja mesyuarat dengan pemimpin Pakatan yang lain...nak sebut Hudud pon dia takut dan kecut...

Orang macam gini kah kita harus angkat jadi pemimpin negara? 

3 comments:

  1. Haji Hadi bukan sahaja takut kepada para pemimpin parti lain tetapi turut takut kepada Mat Sabu, timbalannya. Mat Sabu sekarang menjadi titik rujuk kepada para pemimpin DAP dan PKR dalam hubungan mereka dengan PAS. Mat Sabu juga punya pengaruh yang kian melebar dalam PAS sendiri terutama di kalangan mereka yang gila kuasa nak menakluk Putrajaya. Haji Hadi semakin terpinggir dalam kepimpinan PAS sendiri kepada Mat Sabu dan dia takut dia akan terus diketepikan dalam pemilihan jawatan yang seterusnya. Tidak hairanlah Haji Hadi semakin hari semakin meroyan mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Kalau dahulu begitu bersemangat mengeluarkan tuduhan terhadap UMNO, setelah menjadi Presiden PAS, semua tuduhan yang dilontarkan kepada UMNO kembali bulat-bulat kepada beliau. Sebagai Presiden, Haji Hadi tidak mampu menentukan halatuju PAS mengikut acuan yang didendangkan selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. PAS hanya sekor lembu bagi DAP...ya...lembu yg boleh ditarik hidung...

    ReplyDelete