Atlit terjun negara, Pandelela Rinong membuat kejutan dengan memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform sebentar tadi. Ini merupakan kali pertama atlit Malaysia memenangi pingat Olimpik dari sukan yang bukan sukan badminton.
Pandalela berjaya mengumpul 359.20 mata, hanya sedikit perbezaan dengan tempat ke-4 iaitu Melissa Wu dari Australia. Acara ini dimenangi atlit dari China iaitu Chen Ruolin dengan mata 422.30 diikuti penerjun Australia Brittany Broben dengan 366.50 mata.
Tahniah Malaysia..Terima Kasih Pandalela!!!
Bangga beb..Jalur gemilang berkibar di Olimpik...
Tahniah Pandalela kerana menempatkan Malaysia di rangking Ke 52 Dunia. Aku sedikit terkilan dengan sikap pembangkang yang memperlekeh prestasi atlet negara pada Plympic Edisi 2012 ni. Aku rasa inilah pencapaian terbaik Malaysia terutama dalam acara basikal Rangking Ke6 & Acara terjun rangking ke3 DUNIA. Ini Sukan Olympic bukan Sukan Sea/Asia/ Kommenwealth.Aku nak ucapkan tahniah pada PM & Datuk Shabery Chik. AKU BENCI PEMBANGKANG, BENCI>> BENCI>> BENCI. Harap kerajaan pertimbangkan pingat DATUK kepada Pandalela & AzizulHasni..
ReplyDelete