f Arab Spring Akan Berlaku di Negeri Pakatan Tetapi Melalui Demokrasi!! ~ Ikrar Pemuda

Tuesday, June 26, 2012

Arab Spring Akan Berlaku di Negeri Pakatan Tetapi Melalui Demokrasi!!


'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. - Mahathir

 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri. - Mahathir

''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara? - Mahathir



Begitulah petikan kenyataan Tun Dr Mahathir bila ditanya tentang Arab Spring .

Soalnya sekarang, di negara kita ini kerajaan mana yang dilihat tidak demokratik? Kerajaan mana yang hanya  ingin menerajui pentadbiran untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kepentingan rakyat? Dan kerajaan mana yang tidak membangunkan dan memajukan negara seperti yang diharapkan rakyat?

Demokratik sangatkah kerajaan pakatan rakyat yang menerajui negeri selangor? Kalau pemimpin pakatan begitu demokratik, mereka tidak akan memecat Hassan Ali tanpa usul periksa tanpa memberi peluang untuk membela diri!

Jika mereka begitu demokratik, kenapa Tunku Abd Aziz dipecat hanya kerana berbeza pendapat? Siang malam mereka ini bercakap tentang perjuangan rakyat, tapi merekalah yang menzalimi rakyat! Komunis satu masa dahulu mendakwa mereka juga pejuang rakyat, dalam masa yang sama mereka membunuh rakyat yang tidak berdosa! Akhirnya mereka ditentang oleh seluruh lapisan masyarakat!!

Pergolakan dalaman dalam pentadbiran negeri Selangor, Kedah, P. Pinang dan Kelantan jelas menunjukkan mereka ini hanya mementingkan kuasa demi diri mereka sendiri! Apa usaha yang telah dibuat oleh pemimpin pakatan untuk membangunkan dan memajukan negeri yang mereka tadbir? Tak ada apa yang dilakukan!! Mereka masih lagi berhoney moon, dibuai mimpi indah berada di kerusi empuk kuasa setelah menang 2008!

Pelbagai kem-kem yang wujud dikalangan pemimpin pakatan jelas menunjukkan mereka inginkan kuasa bagi mengawal harta dan kekayaan negeri. Harta milik rakyat seolah dah jadi harta milik mak bapak depa! 

Di Selangor, masalah sampah, bebanan cukai pintu yang meningkat, harta kerajaan dinegeri yang digadai, penyelewengan, dan bermacam masalah lagi berlaku. Ini menunjukkan pemimpin pakatan tidak peduli dengan nasib rakyat. 

Maka jika di perhatikan apa yang berlaku ini, maka sewajarnya Arab Spring akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat! Namun ia akan berlaku dengan cara yang lebih demokratik melalui peti undi bukan dijalanraya! 

baca pula bagaimana pembohongnya kerajaan pakatan rakyat di sini


4 comments:

  1. Memang tahap Maharaja Lawak UMNO! Usah la dok letak Arab-spring ... Baik letak Indon-spring,Myanmar-spring,Bangla-spring .... Semua pendatang asing jd pengundi utk menangkan BN, kelakar la lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu cakap jer bro.. lu penah ngundi ker? lu kencing pon bercabang lagi diam sudah.. ckp mcm pandai tapi tunjuk kebodohan sendiri..

      Delete
    2. 1998 : Saya ada 6 kotak berisi dokumen2 berkaitan pecah amanah & rasuah menteri2 dlm kerajaan.

      MAY 2013 : Kita ada bukti, kita ada senarai penumpang, kita ada maklumat ttg Jumbo Jet yg digunakan utk terbangkn pengundi2 dr Sbh S'wak ke Smnjg.

      SEKARANG : Er..Er ..Sy cuma nk buat laporan ttg Dakwat kekal ..Bolek ke???

      HAHAHAHA HAHAHAHA HAHAHAHA
      Siapa yg buat lawak skrg?

      Delete
  2. kat selangor nnt ada Khalid Gagap Spring. rambut dia pon dah macam spring..

    ReplyDelete