f Jabatan Pertahanan Awam #HB 2012 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, May 26, 2012

Jabatan Pertahanan Awam #HB 2012







Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 ).

Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.

Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.

Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang Jabatan Pertahanan Awam, Jom kita berkunjung ke 'booth' pameran Jabatan Pertahanan Awam di Hari Belia 2012 - Putrajaya.  Pelbagai informasi terkini tentang Jabatan Pertahanan Awam di pamerkan disana .

0 comments:

Post a Comment