Kenapa Pakatan beriya-iya mahu projek Lynas digagalkan. Dan kenapa mereka tidak mahu beri fakta sebenar kepada rakyat, tetapi lebih menakut-nakutkan dan mengaitkan isu Lynas dengan tragedi di Fukushima? Karam Singh Walia relaks je pegang rare earth ni..staf-staf Lynas kat Perth tak mati pon kerja kat sana?
Pada masa yang sama, negara-negara lain di dunia berlumba-lumba untuk menjadi pemain utama bagi tanah jarang atau rare earth sebagai sumber tenaga alternatif baharu. Thorium adalah satu unsur yang diperoleh dari rare earth ini dikatakan mempunyai sumber tenaga yang lebih besar dari uranium dan jauh lebih besar daripada arang batu jika dibanding dengan jumlah penggunaannya. Dan yang paling penting thorium dikatakan jauh lebih selamat berbanding uranium. Berikut adalah definisi thorium dan kaitannya dengan rare earth:
Jom tengok pula Perbandingan thorium dengan Uranium dan Arang batu
Negara-negara seperti Russia, China dan India kini sedang mendahului yang lain dalam pengujian thorium sebagai sumber tenaga mereka. Ikuti perkembangan-perkembangan dari seluruh dunia mengenai thorium sebagai sumber tenaga baru ...
Amerika juga kini sedang berusaha untuk mengejar Russia, China dan India dalam menggunakan tenaga alternatif seperti thorium ini. Barrack Obama telah meluluskan USD $8 billion pinjaman untuk pembinaan loji nuklear berasaskan sumber baharu seperti thorium ini.
Dan yang paling pelik sekali, pakar nuklear dari Pakatan Rakyat, iaitu Dr Rosli Che Mat sendiri akui yang projek Lynas bukannya projek loji nuklear dan ianya selamat, tapi kenapa Pakatan Rakyat tak mau ambil pandangan dari seorang pakar? Dan siapa Fuziah Salleh untuk kita dengar? Adakah dia pakar nuklear?
Jangan tolak tuah...jangan mudah diperbodoh oleh mereka yang memang bukan pakar..
Ikuti berita tentang thorium di bawah..
Baca lagi di sini: http://green.blorge.com/2012/02/is-thorium-the-answer-to-energy-needs/
No comments:
Post a Comment