Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, January 18, 2012

#SaveSgor : PAS PERMAIN HUDUD?


UMNO dituduh oleh PAS takut untuk implemen hudud. Di atas sebab ini jugalah UMNO dituduh tolak hukum Allah, dan atas dasar ini juga lah PAS dikatakan menentang UMNO..Sampaikan PAS mempertikaikan keislaman orang-orang UMNO. TETAPI..Apa pula kata pemimpin pakatan rakyat lain?




Di atas ini adalah kenyataan dua ketua..sorang ketua Pakatan Rakyat (kira ketua kepada PAS lah jugak) dan juga pemimpin negeri iaitu MB Selangor. Ini menunjukkan yang PAS sendiri gagal untuk mendakwahkan hukum hudud kepada rakan mereka sendiri dalam Pakatan. Kemudian mereka tuduh pulak UMNO tolak hukum Allah. Adakah kenyataan Anwar dan Tan Sri Khalid di atas tidak menolak hukum hudud?

PAS sendiri lupa, untuk orang lain menerima Islam, perkara yang penting ialah DAKWAH bukan kuasa. Kalah PAS pandai berdakwah, sudah tentulah semua pihak dalam Pakatan terima hudud. Tetapi sekarang ini yang kena dakwah dalam Pakatan ialah PAS. DAP dan PKR yang berjaya mendakwahkan PAS untuk menolak hukum hudud dan juga negara Islam lalu PAS terima dakwah NEGARA KEBAJIKAN. Sedangkan PAS sudah siap lancar dokumen negara Islam dulu, tetapi tiba-tiba Presiden PAS kata negara Islam tiada dalam Al-Quran. 

Dah terbukti, PAS bukan nak berdakwah, tapi hanya nak KUASA. Bila dah ada KUASA, lain cerita mereka..lihat sahaja perangai mereka di Kedah, sampai surau pon kena roboh untuk bina shopping mall..hudud tah ke mana, negara Islam tah ke mana..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages