Keadaan Dewan semasa Konvensyan Pakatan di Kedah amat merisaukan pimpinan Pakatan, sampaikan terpaksa pakai Twitter nak tunjukkan konvensyen mereka dapat sambutan
Ini bukan ulasan semberono. Ulasan ini bukan untuk masuk bakul angkat sendiri. Kalau semua faham akan kekuatan sebenar Pakatan Rakyat semasa PRU 12 adalah banyaknya undi protes. Ketika itu juga semua faham bahawa keadaannya jauh berbeza dari kini. Kerajaan sudah banyak berubah, dan banyak yang rakyat dapat hasil dari perubahan kerajaan. Parti pemerintah juga banyak berubah dengan pemimpin termasuk pimpinan tertinggi selalu menjenguk rakyat di bawah.
Haji Hadi pernah menghina orang Sarawak kerana tidak memilih PAS; pernah kata negara Islam tiada dalam Al-Quran; dan mengatakan CCTV tidak boleh jadi saksi untuk skandal video seks Anwar
Namun, bukan itu yang kami ingin ulaskan. Kenapa kami kata Pakatan akan kalah? Selain dari faktor yang kami sebutkan di atas, ada satu lagi faktor, iaitu PAS. Kenapa kami sebut PAS? Kalau diikutkan, kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat adalah terdiri dari penyokong PAS. Mana penyokong PKR? Dulu ramai, sekarang ramai dah sokong kerajaan. Kerana apa? Kerana PKR terlalu sayang pada Anwar. Berapa kerat yang datang ke pemilihan PKR dulu? Sampai di peringkat cawangan pon ada yang tak cukup korum. Dan kalau dilihat pada mana-mana perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan termasuklah BERSIH, yang paling ramai sudah tentu penyokong PAS. Tapi kenapa PAS pula akan jadi punca kekalahan?
PAS sudah lari jauh dari perjuangan asal. Hukum Hudud gugur, Negara Islam gugur. Terbaru, Hassan Ali dipecat oleh PAS. Apa yang Hassan Ali dah buat masa jadi Exco di Selangor? Dia tangkap arak di Shah Alam, dia menentang murtad, dia pergi serbu kelab malam. Bukankah itu yang patut Parti yang dikatakan memperjuangkan Islam patut buat? Tidak, PAS lebih rela mempertahankan video seks Anwar, berhimpun untuk bebas Anwar, dan menjauhi perhimpunan umat Islam menentang murtad. Rakyat yang terdiri dari penyokong PAS semua sebenarnya bijak-bijak belaka. Mereka sudah dimomokkan dengan PAS akan menegakkan negara Islam, hukum hudud, tapi last-last PAS lebih utama dalam menegakkan Anwar....takkan mereka mahu sokong PAS lagi? Sampai Hassan Ali yang bukan calang-calang orang, berkelulusan tinggi, pakar motivasi, dan memperjuangkan Islam di Selangor pon DIPECAT? Hassan Ali punyai pengaruh besar dalam PAS, kalau tak..takkan lah dia boleh menang dulu..
Dengan pemecatan Hassan Ali, PAS bakal kehilangan penyokong-penyokongnya. Dengan kehilangan ini juga, Pakatan juga akan terima kesannya. Terima kasih PAS.
No comments:
Post a Comment