Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, January 13, 2012

#SaveSgor : DATO SATIM KATA KHALID IBRAHIM URUS SAMPAH MACAM KARTUN?


Kami seratus peratus setuju dengan Dato Satim berkenaan dengan perangai katun Menteri Besar Selangor dalam mengurus negeri Selangor ini, terutamanya dalam urusan sampah. Lagi pon Khalid Ibrahim memang ada rupa macam Fred Flinstones, tapi itu bukan isunya. Rakyat Selangor kini sudah terlalu sengsara dengan sampah dan seolah-olah Selangor sekarang seperti kembali ke masa silam, iaitu seperti era 1980an di mana pengurusan sampah dan sisa pepejal masih dalam peringkat yang belum terurus.

Apa yang lebih menarik yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor ini ialah:

"Sewaktu kerajaan pakatan mengambilalih Selangor, khidmat Alam Flora telah ditamatkan. Urusan pengurusan sampah diserahkan terus kepada kontraktor terlibat oleh PBT tanpa pengawasan sebagaimana sebelumnya. Tahap kewibawaan kontraktor yang dipilih boleh dipertikaikan dari segi kemampuannya. Sistem sebegini sebenarnya telah diamalkan dulu, yang ternyata menyebabkan banyak masalah timbul. Bila tiada penyeliaan maka urusan kutipan sampah tidak dipantau sepenuhnya. Rakyat yang merana dengan sampah busuk yang tidak dikutip, kini tiada tempat untuk mengadu. Jika aduan dibuat kepada PBT sekalipun mereka sememangnya tiada kepakaran dan masa untuk memikirkan semua itu  memandangkan sampah hanyalah satu dari banyak lagi skop kerja mereka untuk diuruskan. Ditambah pula dengan kelibat Ahli Majlis yang lebih sibuk berpolitik dari memikirkan tentang segala permasalahan rakyat, maka penduduk dibiarkan memendam perasaan amarahnya."

Ikuti nukilan penuh Dato Satim mengenai pengurusan sampah yang lemah di negeri Selangor di sini.

1 comment:

  1. bermulo dikajang dan seterus nyo dishah alam nanti dipj dan subang jaya . disubang jaya nampak nyo dah mulo. longkang tak di borsihkan, pasir tak lagi dikorek dan dibungkus sapertti dulu.
    daun daun tak disapu dan sampah sarap bilo dikutip ado yang ketinggalan dan ado yang jatuh dijalan. nampak nyo akan berlaku macam dishah alam lah. mpsj nak turun padang lah tak lamo lagi.
    ditaman tompet eden beriadah dan tak diurus-rumput panjang dan daun tak disapu dan dikumpul untuk diankut. siapo punyo korjo ni? mano poi adun? ini lah dio marahkan nyamok kelambu dibakar. oi khalid gagap tafsiran dah dikutip tapi korjo tak buet. makan gaji buto ko?

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages