Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, January 29, 2012

KISAH MAJLIS SYURA PAS JADI TUNGGUL #SaveSgor


PAS kemana-mana dok jual PAS adalah parti Islam yang ditunjangi oleh ulama-ulama. Tapi apa ulama-ulama dalam PAS buat? Mereka jadi tunggul. Siapa Pengerusinya? Nik Aziz..Nik Aziz dah DUA TAHUN tak mempengerusikan sebarang mesyuarat Majlis Syura PAS. Ini bukan rekaan beb..Orang PAS sendiri yang cakap..tak caya baca kisah di bawah ni...

"Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya. 

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian" kata saya. 

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu. 

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. "

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages