Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, January 25, 2012

KHALID INGKAR PESAN NIK AZIZ

Berdasarkan tulisan Dato' Hassan Ali baru-baru ini...rupa-rupanya semasa Pakatan menang PRU 12 di Selangor, Nik Aziz pernah berpesan pada PAS Selangor untuk memastikan bahawa jawatan exco Agama milik PAS. Tapi apa yang dah jadi sekarang?

Pakatan yang dipimpin Khalid, Anwar dan DAP di Selangor dengan mudah mengenepikan hasrat Nik Aziz. Dan bila ditanya oleh wartawan di atas rombakan exco baru-baru ini, Nik Aziz kata dia hanya jaga Kelantan. Bukankah pesanan Nik Aziz kepada Hassan Ali itu adalah campurtangan Nik Aziz terhadap pentadbiran Selangor? Kenapa dulu suruh PAS pegang exco agama, tapi bila PKR dan DAP rampas jawatan tersebut, Nik Aziz diam membisu?

PAS sudah hilang peluru nak tangkis akan kelemahan PAS yang sudah terbukti di Selangor. Secara tak langsung, PAS sudah akui yang PAS memang lemah di Selangor. Suara mereka langsung tak akan dipakai oleh Anwar dan DAP di Selangor. Mereka ibarat kuda tunggangan DAP dan PKR...Presiden PAS sendiri pernah akui yang PAS rela diperkudakan dari diperlembukan...tapi Sang Presiden jugaklah orang nya yang pergi jumpa Pak Lah nak bincang pasal kerajaan perpaduan. Maka benarlah PAS di dalam Pakatan Rakyat hanyalah parti kelas ketiga yang sering diperbodohkan bukan sahaja kerana pemimpin mereka yang lemah, tetapi juga kerana penyokong mereka dengan mudah diperbodohkan akibat ketaksuban terhadap parti mereka.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages