Program Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diadakan di Klinik Kesihatan Batu 13 Puchong, Pada 10 Disember 2011 bermula dari pukul 9 pagi. Program pendaftaran BR1M ini memudahkan penduduk yang duduk disekitar Batu13 yang layak memohon bantuan RM500 tanpa perlu keluar ke Pejabat wakil rakyat,Penghulu atau Ketua Kampung. Inisiatif terpuji daripada PDM Kampung Batu 13 DUN Kinrara ini patut dipuji kerana memudahkan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.
Kepada yang layak atau yang terasa layak mendapat bantuan dan tinggal berdekatan Batu 13 Puchong,silalah datang ke Klinik Kesihat Batu 13 Puchong dengan membawa kad pengenalan anda dan pasangan anda untuk mendaftar.
Published with Blogger-droid v2.0.1
No comments:
Post a Comment