Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, December 5, 2011

30 LUBANG KUBUR INI...UNTUK SIAPA??



Telah menjadi kebiasaan kepada penduduk disekitar Puchong bila terdapat kematian dikalangan masyarakat Islam untuk mengadukan hal kepada kariah surau atau masjid yang berdekatan. Dengan aduan yang diterima, waris atau keluarga si mati kebiasaannya meminta kariah surau atau masjid itu menyempurnakan jenazah dengan hal-hal yang berkaitan. Sekiranya pihak hospital masih belum memandikan mayat jenazah,maka ahli kariah surau atau masjid akan menunaikan Fardu Kifayah tersebut. Secara ringkasnya dari hal memandikan jenazah sehinggalah jenazah ke liang lahad akan diuruskan oleh pihak surau atau masjid.




Sebelum ini Tanah Perkuburan Islam di USJ 22 Subang Jaya diuruskan oleh pihak surau dan masjid disekitarnya. Ini memberi sedikit peluang kepada mereka yang telah pencen atau yang muda tetapi hanya membuat kerja kampung untuk mendapat sedikit rezeki hasil upah dari menggali kubur dikawasan ini. Baru-baru ini MPSJ telah memberhentikan operasi menggali kubur oleh pihak surau dan masjid disekitar kubur itu dengan alasan pihak mereka akan menggantikan pengurusan menggali kubur itu dan sistem pengurusan tanah perkuburan itu akan lebih baik dibawah kelolaan mereka.
Pihak surau dan masjid tetap akur dengan permintaan MPSJ itu walaupun tindakan MPSJ itu akan menutup periuk nasi beberapa penggali kubur sedia ada yang telah bertahun-tahun menjadikan kerja menggali kubur ini sebagai punca rezeki mereka.




Namun setelah MPSJ menguruskan tanah perkuburan itu,timbul cerita mengenai orang bukan Islam yang menjalankan kerja –kerja menggali kubur dengan menggunakan jentolak disitu. Ramai penduduk yang marah dengan hal berkenaan tetapi  marah mereka itu hanya setakat di kedai kopi atau masih lagi boleh dibendung.




Amarah yang terpendam itu kini telah membuak-buak dengan beberapa kejadian yang mengecewakan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh MPSJ dalam menguruskan tanah perkuburan ini. 30 buah lubang kubur telah digali serentak oleh kontraktor tersebut tanpa ada kematian  sebanyak lubang kubur yang digali. Lebih mengecewakan lubang kubur yang digali itu tidak ditutup dengan apa apa walaupun zink. 




Bila hujan turun di kawasan tanah perkuburan tersebut, lubang –lubang kubur yang telah digali itu dipenuhi air. Kawasan lubang kubur tanpa penghuni yang berdekatan dengan kubur lain telah menyebabkan tanah kubur-kubur yang berpenghuni itu mendak dan tengelam. Malah sewaktu kami ke sana selepas waktu hujan petang tadi, terdapat bauan yang kurang enak dari sekitar tanah kubur yang berlecah seperti sawah padi disitu. Sukar dipastikan apakah bauan itu dari mayat yang baru dikebumikan atau hasil tambahan dari air yang bercampur tanah dan masuk ke liang lahat kerana hujan. Lubang kubur tanpa nama yang dibiarkan untuk dipenuhi air itu terlalu dekat jaraknya dengan kubur-kubur yang lain.




Apakah MPSJ tidak peka dengan keadaan ini? Apakah Ahli Majlis MPSJ  yang beragama Islam hanya ingin mendapatkan elauan tetap dan elaun mesyuarat sahaja? Ini hal berkaitan masyarakat Islam di Puchong dimanakah anda? Sebelum anda beria-ria ingin mengambil-alih tanah perkuburan ini, adakah anda telah membuat homework tentang pengurusan tanah perkuburan?  Keadaan ini tidak mencerminkan pengurusan tanah perkuburan tersebut lebih baik dibawah pengurusan MPSJ dibandingkan dengan pengurusan dari surau dan masjid sekitar. 



Esok akan diadakan bantahan oleh penduduk disekitar Tanah Perkuburan USJ22 terhadap pihak MPSJ. Kita mahu lihat apa jawatan YDP MPSJ berkenaan hal ini..



6 comments:

  1. Ini lubang kubur untuk ahli Majlis MPSJ. Gali siap2 untuk digunakan selepas PRU13. Aku kira batu nisan pun dah ditempah atas nama orang2 berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Kekadang aku tengok di bawah pembangkang ni semua benda nk kena ganti. Bagi dia org semua tu dulu yg buat org UMNO sampai x boleh beza. Org islam punya biarlah org islam yg urus. Bagi je balik pd pengurusan masjid. Selama ni gali lubang kubur ada amik duit majlis ke? Kaedah sekarang gali amik duit sapa?

    ReplyDelete
  3. MELAYU SEMAKIN PENAKUT.
    MANA ADA MELAYU SEHEBAT ALMARHUM DATUK HARUN?
    KUASA DAH HILANG DISELANGOR, TAK MUSTAHIL KAFIR AKAN MEMERINTAH SELANGOR ANGKARA MELAYU PENAKUT DAN BODOH.

    ReplyDelete
  4. IZINKAN SAYA LETAK CERITA INI D BLOG SAYA HEHE

    ReplyDelete
  5. lubang kubur tu buat tanam ahli ahli majlis MPSJ tak payah buang air,benamkan saja pasal dia orang bengap sangat ikut telunjuk kafir,soal mati orang islam pun nak suruh orang kafir uruskan apa punya bodoh lah ni.

    ReplyDelete
  6. nielah masa nak buat duit dengan aper cara sekali pun lagi ada lubang buat duit mesti kaut punya sebab dia orang dah tau PRU 13 mesti lingkup nya. dulu kalah sebab menantu kawan tuh bukan kerana depa kuat pun

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages