Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, November 12, 2011

Rakyat harus tolak kedai Rakyat?


Pakatan Haram nampaknya tersentap dengan langkah PM kita memperkenalkan Kedai Rakyat. Maka DAP  hati panas sebab geng-geng dia susah mau cari makan disebabkan kedai rakyat barangkali. Tony PuaKA yang memang cekap dalam hal-hal memutar belit dan menipu mengatakan bahawa barangan kedai 1 rakyat adalah mahal berbanding barangan di sebuah hypermarket. Dari awal dah jelas bahawa barangan di Kedai Rakyat bukan hypermarket, memang lah tak boleh nak compete. Hypermarket tersebut pula ada cawangan di seluruh dunia, bermakna mereka ada modal jauh lebih besar dan pelanggan yang berjuta-juta. Kedai Rakyat baru je nak bertumbuh...



Namun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri memberi penjelasan lebih jelas tentang penipuan Tony Pua:

"Menurut Ismail Sabri, perbandingan perlu dilakukan ke atas produk yang mempunyai persamaan daripada segi berat, pembungkusan dan kandungan khasiat.

“Kita kena banding epal dengan epal dan kalau kita banding epal dengan durian, memang harganya jauh berbeza kerana durian lebih mahal.

“Semalam dia bandingkan produk teh Ceylon Kedai Rakyat dengan teh hitam Carrefour, memanglah teh Ceylon lebih mahal kerana kualitinya berbeza dengan teh hitam.

“Selain itu, dia juga bandingkan produk pencuci pinggan Kedai Rakyat 400 gram berharga RM1.90 dengan produk Carrefour 350 gram yang berharga 99 sen sedangkan produk sama bagi 400 gram di Carrefour dijual dengan harga RM2.15,” jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, itu semua adalah pembohongan Tony kerana pembangkang sengaja memainkan isu tertentu untuk menutup kelemahan memandangkan mereka gagal mencari alternatif bagi membantu pengguna."



Nampak tak penipuan Tony Pua ni? Rakyat mahu tolak Kedai Rakyat atau mahu tolak Pakatan?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages