Pakatan ni kalah tak fitnah tak sah...tapi lantakla korang yang tanggung dosa..
Macam-macamlah diorang ni dok kata Dato Seri Najib bila keluar macam-macam gambar PM semasa di sana..kena kawal dengan bodyguard pon diorang persalahkan..
Terbaru mereka semua fitnah Haji Dato Seri Najib tak sah sebab Dato Seri Najib habis haji awal..
Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa 'brutal', macho dan muka 'legend' sekalipun kita.
46. Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram.
47. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni.
48. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple.
49. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah!
50. Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa 'urusan haji mereka selesai'.
51. Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, "Dah melontar mak. Dah selesai dah...tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi."
52. Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang 'kacang'.
53. Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,"Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai" bermaksud sebegitu. Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.
Pakatan nak fitnah Najib memang perangai macam setan..
Ikuti lagi penjelasan blogger anak seberang di sini
No comments:
Post a Comment