Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, November 21, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia & Winnable Candidates



Winable Candidates kembali menjadi topik hangat kepada sidang Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang hadir semalam. Lebih kurang 2000 kehadiran yang memenuhi setiap sudut aras 4 Dewan Tun Razak. Ada yang khusyuk mendengar ,ada juga yang memenuhi ruang luar dewan untuk menghiasi paru paru mereka dengan karbon monoksida. Apa juga kaedah atau cara yang digunakan untuk memeriahkan program ini,aku tetap pasti setiap yang hadir terkesan juga dengan apa yang dihidangkan walau hanya sekadar 0.001%(meminjam ayat Hj.Hadi Awang).

Ingatan PM kepada semua pengiat dan pengamal media sosial juga harus kita renungkan. Perbalahan sesama kita hanya merugikan. Mereka yang menjadi musuh memang seronok dan menanti masa untuk menjadi suara latar kepada peperangan yang tercetus. Apa juga yang telah dan akan berlaku,bagi kita bloggers Pro-Kerajaan : Kepentingan BN/UMNO harus diutamakan.

PM juga menyarankan kepada semua pemimpin BN supaya menggunakan media sosial dalam berkhidmat untuk rakyat. Suka atau tidak suka dengan cara ini pemimpin BN akan lebih senang didekati oleh rakyat dan juga lebih senang dibelasah oleh cybertrooper Pakatan Rakyat. Kepada YB-YB BN yang telah menggunakan media sosial Tahniah diucapkan, markah bonus anda mungkin juga telah dinilaikan,kepada YB BN yang belum,masih ada masa lagi.

Antara lain yang menarik dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia ini ialah 10 Resolusi yang dibentangkan kepada PM :


1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka dengan baik supaya setiap isu dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.

2. Mencadangkan agar sebuah Bank Informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas agar dapat disebarkan kepada semua lapisan masyarakat.

3. Menubuhkan satu sekreteriat bagi menguruskan Bank Informasi dengan efisyen dan efektif

4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi kerajaan dipertingkatkan bagi memberi mereka gambaran yang jelas apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mereka dapat menjelaskannya di media sosial.

5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh negara sebagai satu langkah untuk mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.

6. Mendesak agar pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuh medium ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan proaktif menyalurkan maklumat, memperjelas setiap isu dan dasar kerajaan.

7. Menyarankan agar Perdana Menteri, menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.

8. Berikrar, akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan, menyebarkan maklumat, menjelaskan isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan.

9. Menyeru kepada semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama serta mengetepi dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.

10. Menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.



Semua semua mendapat manfaat,insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages