Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, November 24, 2011

Ketua Pemuda Pas Puchong Bebal?



Ketua Pemuda Pas Puchong Cuba Mencari Markah Bonus!!

Tahniah kepada Ketua Pemuda Pas Puchong yang telah Berjaya menjadi ajen penafian kepada Menteri Besar Selangor. Rosharizan Rozlan  telah melaporkan kepada pihak polis tentang kononnya telah berlaku penyelewang dalam hal penjualan tanah seperti yang diberitakan dalam sidang DUN oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Selepas laporan,beliau juga ditanya oleh pihak wartawan sama ada mahu melaporkan kepada SPRM atau  tidak? Beliau mengatakan TIDAK,”kita mahu selesaikan secara baik”. Selesaikan secara baik atau anda sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan hanya berpandukan penggulungan sidang DUN oleh Menteri Besar Selangor?

Disini jelas menunjukkan saudara Rosharizan hanya bermain “politik mengalih isu” dengan apa yang terjadi di Selangor dan Puchong. Dengan melaporkan sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu menjadikan beliau populis dan memperolehi markah bonus dalam perebutan dalaman  Pas kawasan Puchong untuk menjadi calon dalam PRU13 nanti. Saya melihat isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor ini lebih kepada isu untuk menyelamatkan diri dan isu ini bijak digunakan oleh Ketua Pemuda Pas Puchong untuk mencari markah bonus calon PRU13 nanti,tidak lebih dari itu. 

Umum telah mengetahui banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dato’ Satim Diman didalam sidang DUN yang tidak dijawab oleh Menteri Besar Selangor termasuk yang terbaru berkenaan dengan padang PKNS yang hendak dibangunkan projek perumahan. Persoalan siapa? Syarikat mana? Siapa empunya syarikat?  Tidak dijawab dan disenyapkan oleh Menteri Besar Selangor,tetapi sehari selepas itu Menteri Besar Selangor pula bermain Kong Kali Kong dengan membangkitkan persoalan lain. Ini menunjukkan yang Menteri Besar Selangor terpaksa mencari alternatif  lain dalam usaha menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Selangor. Ini dikuatkan lagi dengan keenganan Menteri Besar Selangor membubarkan DUN Selangor serentak dalam PRU13 nanti. Tidakkah ini satu tindakan yang tidak mencerminkan Kejayaan Pencapaian Selangor  yang digemparkan oleh kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim?

Dengan bermacam persoalan berbangkit dari cerita hutang berjumlah RM66 juta  Khalid Ibrahim kepada Bank Islam sehinggalah kepada kes penjualan asset oleh PKNS yang tidak pernah dijawab oleh Khalid Ibrahim sendiri, mengapa Ketua Pemuda Pas Puchong tidak melaporkan kepada polis atau sekurang-kurangnya mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Selangor itu dahulu? Adakah Ketua Pemuda Pas terhutang budi kepada Khalid Ibrahim kerana memberi peluang kepada Pas dalam menguruskan peruntukan DUN Seri Serdang? Atau  Ketua Pemuda Pas Puchong ini telah lama mengalirkan air liur kerana ingin menjadi calon Pas di Puchong dan menggunakan kesempatan ini untuk melonjakkan nama beliau didalam Pas kawasan Puchong? Atau juga Ketua Pemuda Pas Puchong ini mahu menutup masalah dalaman Pas kawasan Puchong yang dilihat lembab dan sembab?


Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong, saya melihat Pas Puchong telah hilang punca,ketandusan isu dan usaha membuat gerak kerja pilihanraya khususnya di Puchong. Ini lebih diburukkan lagi dengan masalah dalaman parti yang tidak pernah sehaluan. Dewan Pemuda Pas Puchong dilihat besar kepala dan tidak dapat menerima pandangan serta pendapat orang lain. Ini diakui sendiri oleh beberapa sahabat saya didalam Pas Puchong. 

Isu penyelewengan didalam pemilihan jawatan kuasa Pas Puchong sesi 2011-2013 masih belum kendur diperkatakan. Masakan tidak?ada wakil yang membantah keputusan pemilihan dengan mengatakan berlakunya penyelewengan undian kepada pihak pengurusan demi untuk mencari kebenaran tetapi wakil itu pula dimarahi. Bukan setakat dimarahi,wakil itu juga dihebahkan sebagai tali barut UMNO didalam Pas Puchong. Malah PASTI yang dikendalikan oleh wakil yang membuat bantahan tersebut dinafikan hak beroperasi dengan disekat segala kemudahan dan  tidak dibenarkan mendapatkan buku dari PASTI kawasan Puchong. Siapa yang menjadi pengurus kepada PASTI kawasan Puchong? Tidakkah Dewan Pemuda Pas Puchong merasa sedikit bertanggung jawab dalam berpolitik dengan tidak membabitkan kanak-kanak didalam hal politik semasa? Inikah sikap yang ditonjolkan dalam kepimpinan Pemuda Pas Puchong oleh saudara Rosharizan yang mengajar kepada ahli pemudanya untuk berpolitik tidak kira apa juga keadaan,tempat dan siapa yang mendapat tempias keputusan politik yang kita buat.

Saya tidak bercadang untuk menulis lebih panjang mengenai isu –isu dalaman mahupun kegagalan Pas Puchong dalam membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat pada entri kali ini. Cukup sekadar memberi nasihat kepada saudara Rosharizan supaya berlaku lebih jujur dalam mencari kebenaran dan keadilan. Terlalu banyak soalan yang diajukan oleh Dato’ Satim sebagai Ketua Pembangkang Selangor tidak dijawab oleh Menteri Besar . Desak dahulu Menteri Besar Selangor menjawab  berbagai  persoalan yang diajukan sebelum cuba untuk mendesak orang lain menjawab soalan yang baru ditanya.

Jangan terlalu bermain politik adu-domba  kerana parti yang mana anda terajui sayap pemudanya kian menghampiri tarikh luput di Puchong.

Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong



8 comments:

  1. Azmir.. ko dah jadi KP UMNO ker.. dulu masa sekolah rendah ko cakap pun pelat.. tak sangka ko dah jd KP.. ko jd KP umno pun sebab bapa ko baik ngan Satim ja.. Kalau tak jangan harap la kan.. nasib dah besar ko tak pelat.. syukur la banyak2.. jangan buat fitnah yer...

    ReplyDelete
  2. Jangan sampai rahsia ko pulak terdedah.. watch out....

    ReplyDelete
  3. Alah isu ni sket je..Dato'Seri Anwar lg la..dashyat...,siap buat video lucah dan meliwat org lagi..bole je jadi Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri...alah ni pilihanraya la beb..semua nk kuasa..

    ReplyDelete
  4. orang bodoh jer percaya.. cuba ko tanya satim tu.. dia pun tak percaya..

    ReplyDelete
  5. Pemuda UMNO Puchong cuba jadi hero pertahan Satim bagi mengekalkan jawatan ketua pemudanya..
    Isunya Satim seleweng tanah kerajaan.. KP Umno ni comment jauh tersasar.. betul ker tak seleweng.. jawab ler.. jangan jawab melalut ke tempat lain.. UPCO punya cara ni, divert isu sebenar ke isu lain supaya isu sebenar dapat ditutup.. Anak didik UPCO, nak heran apa..

    ReplyDelete
  6. laa..kata dah buat laporan polis biarlah polis siasat..nak nafi pon PAS akan percaya ke? patut buat laporan macam2 agensi..SPRM, ATM , FAM dan macam-macam M lagi..jgn jadi macam Pemuda PAS puchong..Penzina pelacur dan peliwat pon diangkat jadi pemimpin...itu ke pejuang Islam..khaak tuii!

    ReplyDelete
  7. Tunggu PR menang kerajaan pusat baru polis berani siasat.. realiti di Malaysia skrg.. tak pun kalau umno nak jatuhkan Satim, macam nasib Khir Toyo la jadinya..
    Perangai pemimpin Umno la semua tu... apa nak heran..

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages