Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, November 30, 2011

Ceramah Perdana oleh Dato Hj Kamarudin Mantan Imam Masjid Negara


Dijemput semua untuk menghadiri Ceramah Perdana oleh Ybhg Dato' Hj. Kamarudin b. Hj. Zakaria, mantan Imam Masjid Negara. Ceramah bertajuk Silaturrahim itu akan diadakan pada 1 Disember 2011 di Surau al-ehsaniah di Kg. Seri Aman , Puchong, selepas solat Maghrib.

Berikut adalah sedikit info mengenai Dato Hj Kamarudin:

Beliau merupakan anak kelahiran daerah Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah merupakan salah sorang mantan Imam Masjid Negara dan merupakan Imam Negara yang ke-11. 

Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong, Kuala Lipis dari tahun 1959 hingga 1964. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat menegah di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis pada tahun 1965. 

Setelah tamat tingkatan 5, beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang keagamaan di Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Minat yang mendalam dalam bidang keagamaan seterusnya menyebabkan beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (B.A) Kuliah Syariah dan Undang-Undang pada tahun 1974 hingga 1979. Kejayaan tersebut membolehkan beliau dilantik sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di daerah Kuala Lipis iaitu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada tahun 1979. 

Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria adalah merupakan salah seorang tokoh keagamaan yang banyak memberi sumbangan dalam bidang keagamaan.

Marilah kita beramai-ramai menyertai majlis ilmu ini, semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages