f Himpun untuk Ambiga boleh, himpun untuk jaga aqidah umat Islam tak boleh ~ Ikrar Pemuda

Thursday, October 20, 2011

Himpun untuk Ambiga boleh, himpun untuk jaga aqidah umat Islam tak boleh


PAS ni dah jadi barua tahap kelas paling teruk dan hina kepada DAP sampai tak sanggup nak berhimpun sesama umat Islam lain untuk memerangi murtad. Dulu Ambiga kata BERSHIt  2 tu bukan politikal, tapi PAS dengan muka tak tau malu tanpa segan silu, join je?..termasuk Presidennya Haji Hadi. Siap pakai baju kuning lagi. Begitu juga dengan Mat Sabu sampai eksiden jatuh motor.

Tapi nak berhimpun bersama-sama umat Islam tak kira apa parti demi menjaga aqidah umat Islam seMalaysia, PAS Selangor boleh kata haram? Memang PAS hanya tinggal nama, lebih menjaga undi dari nak jaga agama Islam. 

Kita sebagai rakyat seharusnya sudah pandai menilai mengenai perjuangan PAS pada masa kini..bukan lagi untuk agama Islam, tetapi lebih hanya untuk berkuasa. PAS berubah secara begitu drastik lari dari perjuangan yang mereka sering laungkan sebelum lagi PAS berjaya menang jadi kerajaan. Agak-agak kalau mereka jadi kerajaan...macamana?

4 comments:

  1. Adakah Pemimpin Islam PR berlaku adil kepada penduduk Islam Sek19 dan Sek 23? Kenapa PR Selangor keluar risalah bila penduduk Sek 23 buat demo kepala lembu dikatakan menghina Agama Hindu?. Kenapa nak bina kuil besar satu ekar di kawasan majoriti Islam?. Kenapa Hindu kuil bawa patung besar berarak bergendang tengah malam depan rumah penduduk Sek 19 tidak ada tindakan wakil rakyat selepas aduan dibuat?. Malah dalam petikan risalah dibawah jelas membela Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam. Penduduk Sek 23 disokong 10 NGO tetapi hanya Pewaris saja yang disebut dalam risalah. Pemimpin NGO pewaris telah diserang Khalid Samad pada 8/1/2009 kerana membantu penduduk Islam Seksyen 19. Semak Minaq Jinggo AP Shah Alam Pertahan Kuil Januari 2009.

    Memahami Isu Pemindahan Kuil Sri Mariamman di Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam

    Siapakah dalang disebalik bantahan keterlaluan yang diadakan baru-baru ini?

    Demonstrasi membantah pemindahan Kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang diadakan baru-baru ini melibatkan kurang daripada 50 orang yang tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajan Pakatan Rakyat Selangor untuk memindahkan Kuil tersebut ke Seksyen 23.

    Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor percaya, keadaan ini berlaku apabila Jawatankuasa Bertindak tersebut telah diberikan maklumat yang tidak tepat oleh sesetengah pihak mengenai proses pemindahan itu. Bantahan berlaku ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pejabat Parlimen Shah Alam telah bersedia dan bersetuju untuk berdialog dengan para penduduk Seksyen 23.

    Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor percaya pihak daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu PEWARIS mempunyai agenda politik mereka tersendiri. Kemuncak kepada bantahan penduduk ialah apabila pihak PEWARIS ini telah meletakkan lambang berkaitan agama (kepala lembu) yang dianggap sensitif bagi penganut agama Hindu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor. Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga percaya, PEWARIS ketika bantahan itu, telah menghasut para penduduk untuk mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman. Bantahan yang didalangi mereka ini dianggap keterlaluan apabila bantahan yang sedemikian dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Secara tidak langsung, PEWARIS bukan sahaja tidak menjaga sesnsitiviti agama lain malah telah mencemarkan bulan Ramadhan dengan tindakan keterlaluan mereka itu.

    Malah pihak ini jugalah yang mendalangi bantahan para penduduk Seksyen 19 supaya kuil tersebut dipindahkan ke lokasi lain sesegera mungkin. Nyata, PEWARIS telah memainkan peranan sebagai agen provokasi untuk memulakan pertelingkahan kaum dikalangan masyarakat. Jelas, sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan membenarkan api-api perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik mereka tersendiri. Selain itu, terdapat juga ugutan ke atas Jawatankuasa Kuil dan para penganut agama Hindu dengan mengganggu upacara sembahyang mereka, menceroboh kuil dan memakai t-shirt "Unit Jihad". Nyata, ini merupakan provokasi perkauman yang didalangi pihak-pihak yang mempunyai agenda politik dan seterusnya mencemar maksud jihad dalam agama Islam.

    Pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi kepercayaan sepenuhnya kepada para penduduk Seksyen 23 bahawa mereka tidak akan bertindak membatasi tatasusila dan toleransi kaum masyarakat majmuk. Bantahan tersebut tercemar apabila PEWARIS melanggar adab dan tatasusila masyarakat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

    MENOLAK POLITIK PERKAUMAN, MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA

    ReplyDelete
  2. http://www.khalidsamad.com/2009/09/
    FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
    Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

    2hb September 2009 M
    13 Ramadan 1430 H

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

    Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

    “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

    Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

    “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

    Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

    Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

    Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

    “Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

    Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

    Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

    Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

    وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

    YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
    Ahli Parlimen Shah Alam

    Labels: Islam, Isu semasa, Shah Alam

    ReplyDelete
  3. Petikan artikel Khalid Samad bertajuk Undang2 Double Std dan BN pada 12/01/2009. NGO yang bantu penduduk diganggu kuil Hindu dikatakan gerombolan UMNO. Kenapa wakil rakyat Shah Alam batalkan pemindahan kuil yg diluluskan BN ke Sek 22 pada Dis 2007?. Selepas PR berkuasa Hindu gantung bendera PAS dan PKR beritahu dua parti sokong kuil tak payah pindah.

    Undang-undang DS dan BN

    Mungkin UMNO dalam isu ini ingin menggunakan dasar ‘divide and rule’. Mereka tak senang melihat orang berbilang agama dan berbilang kaum bersatu atas isu yang seperti ini. Mereka hanya inginkan orang Melayu Islam sahaja bersatu supaya mereka boleh berkata kepada PAS, “lihat, kita ada banyak persamaan, marilah kita bersatu

    Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

    Tetapi yang anehnya tindakan provokasi mereka langsung tidak dihalang. Polis ada tetapi hanya melihat. Terkenang pula kita peristiwa Ahmad Ismail Penang dulu. Dia yang mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan hasutan, Teresa Kok dan RPK yang ditahan ISA! Inilah double standard kerajaan BN yang akan hanya menambahkan meluatnya rakyat terhadap mereka. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah pihak polis bersetuju dengan tindakan Pewaris? Adakah Pewaris mempunyai pelindung sehingga polis tidak bertindak walaupun kegiatan Pewaris jelas provokasi? Adakah provokasi dan ketegangan kaum yang mereka inginkan? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh saudara semua, mengikut penilaian dan kebijaksanaan masing-masing. Yang jelas ada double standard! Yang lagi jelas, double standard ini tidak akan berakhir selagi BN memerintah.Sebelum datangnya gerombolan Pewaris kami telah bermesyuarat. Ada beberapa tapak yang dicadangkan. Pihak kuil akan menziarahi tapak-tapak ini sebelum memberi kata putus. Harap-harap boleh selesai dengan baik. Sekiranya dapat selesai, maka ianya akan merupakan kejayaan besar kerajaan PR. Sedangkan UMNO/BN hanya pandai menimbulkan masalah. Seperti Pewaris. Mereka ingin mengusir kuil tersebut. Soalnya, ke mana? Mereka tak tahu dan mereka tak kisah. Tetapi, itu bukan cara kita menyelesaikan masalah, itu hanya menambahkan masalah.

    WalLahu 'Alam

    Posted by Khalid Samad at 5:35 PM Labels: BN, Islam, PR, Shah Alam, UMNO.

    ReplyDelete
  4. Untuk info masalah diatas boleh semak:

    http://www.khalidsamad.com/2009/01/undang-undang-ds-atau-bn.html

    http://kuilharam.blogspot.com/2011/08/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html

    http://xavierjayakumar.blogspot.com/2009/09/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html

    http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1776895

    Tk. anon 12:22

    ReplyDelete