Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, September 8, 2011

Kerana Pulut Santan binasa..kerana mulut Mat Sabu, PAS binawe..


Nak jadi pemimpin ni bukan senang..lagi tinggi pemimpin tu naik, lagi besar risikonya. Apa yang dia bawa, bukan lagi dirinya sahaja, tetapi organisasi atau negeri/negara yang dipimpin.

Itu lah yang terjadi kepada PAS, apabila Mat Sabu tak habis-habis buat hal dan memalukan PAS. Tak habis cerita penipuan Mat Sabu pasal kena langgar polis ketika Bersih 2, Mat Sabu memalukan PAS lagi dengan menyokong pejuang komunis dan menidakkan jasa-jasa Polis yang terkorban di Bukit Kepong.

Kesan dari ucapan Mat Sabu mengenai Bukit Kepong ini amat besar. Apa taknya, ramai rakyat Malaysia yang ibu-bapa mereka merasakan hidup ketika era komunisme dan ada juga yang kehilangan ibu bapa akibat kekejaman komunis. Mat Sabu nak rasa apa, dia bukan tau apa-apa pon, yang penting baginya adalah sokongan bukan Melayu kepada dia dan DAP.

Namun, kali ini Mat Sabu tersilap besar. Mengagung-agungkan komunis dan menidakkan arwah-arwah polis yang dibunuh komunis di Bukit Kepong ada satu kesilapan besar Mat Sabu yang sekarang terpaksa di tanggung oleh PAS. Imej PAS yang merudum ekoran isu kehadiran JAIS ke gereja DUMC di Petaling Jaya menjadi semakin suram dengan kenyataan Mat Sabu.

Alasan isu ini hanya mainan UMNO dan BN tak dapat digunakan lagi, kerana video Mat Sabu berucap tersebar luas di Internet. Orang kata, cakap siang pandang, pandang, cakap malam pon pandang-pandanglah, maklumlah sekarang orang dah boleh ambil video guna telefon dan sebarkan di Internet dengan sekelip mata.

Ada juga orang-orang PAS yang kata Mat Sabu ni buat malu PAS saje. Masalahnya yang angkat Mat Sabu ni jadi Timbalan Presiden PAS siapa..bukan orang PAS? Lu pikir la sendiri.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages