Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, August 3, 2011

Petanda PAS hilang sokongan orang Melayu?


Hari tu Nik Aziz punyalah bangga dalam ceramah kata orang Melayu ramai dah tolak UMNO. Dan dia siap tuduh warga Bangla yang didaftarkan dalam Sistem Biometrik Kerajaan pon boleh mengundi semasa PRU nanti. Itu sememangnya satu kenyataan yang tidak berlandaskan apa-apa fakta mahupun statistik. Tapi juak-juak Pakatan terutamanya orang-orang Melayu dalam Pakatan angguk-angguk dan setuju dengan kenyataan Nik Aziz itu...maklumlah..Nik Aziz punya ucapan tu mereka agaknya dah anggap macam suci..padahal orang tua tu jaja cerita politik, macam Mat Sabu dan Anwar buat..

Tapi dalam Pakatan rupa-rupanya PAS sedar yang orang Melayu dah mula tolak mereka.

Sebab sekarang ni PAS terhegeh-hegeh nak minta kerusi pilihanraya yang bukan majoriti Melayu, nak yang campur-campur. Kenapa?

1-Pengundi Cina yang memang jelas menolak BN, dan mereka sanggup undi apa sahaja asalkan selain dari BN. Maka PAS cuba mengambil kesempatan tersebut namun permintaan mereka ditolak mentah-mentah oleh PKR.

2-PAS sedar yang orang Melayu sudah muak dengan PAS yang penuh dengan retorik dan penipuan. Skandar video seks Anwar yang langsung tidak ditangani dengan baik oleh PAS, menjadikan pandangan rakyat terhadap PAS jatuh merudum. Presiden PAS dengan hujah yang agak dangkal menolak bukti video rakaman Anwar dengan pelacur China sebagai "besi" dan tidak boleh dijadikan saksi.

Prestasi PAS di negeri-negeri yang diperintah Pakatan juga mendukacitakan rakyat, sebagai contoh di Selangor, arak, rumah urut masih bebas dijual dan makin bertambah lagi. Padahal dulu dalam ceramah PAS, siap janji nak tutup kilang Carlsberg di Shah Alam kalau mereka memerintah. Sekarang, Khalid Samad siap nak bagi tanah besarkan kilang tu adalah!

Kalau lah PAS kuat sangat sepertimana kata Nik Aziz, kenapa mahu tukar-tukar kerusi dengan PKR dan DAP? Bertanding sahajalah di kerusi majoriti Melayu!

Ternyata PAS sudah takot dengan bayang-bayang sendiri.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages