Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, August 1, 2011

Nik Aziz mulakan Ramadhan dengan fitnah?


Sepatutnya kita sebagai umat Islam bila sampai bulan Ramadhan, kena lah tanam sifat sabar, dan jangan tabur fitnah. Apatah lagi dari seorang pemimpin yang dikatakan punyai pengetahuan ilmu Islam yang tinggi dan dianggap antara ulama tersohor dalam parti PAS.

Nik Aziz mengakhir bulan Syaaban dengan menanam minda anak-anak Kelantan memulakan Ramadhan dengan sifat kebencian kepada BN. Masalahnya apa yang ditanam itu bukan dengan bukti, tapi dengan hanya andaian yang akhirnya boleh membawa fitnah.

"Umno guna biometrik bagi orang luar (dapat kerakyatan) boleh mengundi. Orang Bangladesh pun boleh mengundi nanti. 

"Ini bukti Umno yakin orang Melayu dah tolak dia. Kalau PM (perdana menteri) menang pilihan raya pun nanti, kita kata ini PM Bangladesh," katanya disambut ketawa hadirin.

Begitulah kata Nik Aziz dalam program Himpunan Anak Kelantan D`Perantauan di Stadium Kelana Jaya semalam.
Ini merupakan satu tuduhan yang besar dari Nik Aziz kepada kerajaan tanpa mengemukakan sebarang bukti yang mengatakan warga Bangladesh boleh mengundi di Malaysia.
Kalau PAS kalah pada PRU 13, Nik Aziz kata bukan Melayu tolak, tapi pasal Bangla undi BN, tapi kalau UMNO kalah, bermakna orang Melayu tolak UMNO.
Dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini yang menyaksikan PAS kalah berturut-turut, adakah kerana Bangla? Kenapa Nik Aziz tak kata orang Melayu sudah mula menolak PAS?
Malas nak tulis banyak-banyak bulan puasa ni takot pahala kurang.
Apa pon pembaca fikir-fikir dan nilai-nilailah...yang mana fakta yang mana auta....

Ikrar Pemuda: yang kami tulis bukan fitnah, kami ambil dari harakah...

1 comment:

  1. aku dah tahu dari dulu Nik Ajis tiada sijil ilmu Tasauf sebab itu hati dia keras macam tembaga.dia orang ini cuma ada sijil agama ilmu sifat 20 aje.macam ayatullah komini pun sama.Yg ada ilmu2 tasauf adalah seperti Imam 4: As Shaffiee,Maliki,Hanbali,Hanafi dan Imam Sofian Ats sTauri.ini Imam2 yg hebat2 yg betul2 berjalan diatas jalan Islam yg sebenar.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages