Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, August 6, 2011

Nik Aziz kata lompat dari Pakatan tu sampah...Projek 16 Sept tu apa pulak?


Tempohari kami laporkan bahawa Nik Aziz mulakan Ramadhan dengan menuduh kerajaan daftar warga asing untuk jadi pengundi dan Nik Aziz kata Bangla boleh mengundi di PRU nanti. Bukti takde apa takde..main sebat je...jadi macamana org nak percaya? Sedangkan muka Anwar terpampang jelas dalam video seks pon orang-orang PAS tak mau percaya, takkan main percaya je cakap kosong nik aziz?

Terbaru Nik Aziz gelarkan Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai SAMPAH. Atas alasan apa sekalipon, wajarkah seorang yang PAS angkat sebagai ulama, gelar orang lain sampah?

Ini berikutan apabila Datuk Seri Zahrain mencabar Nik Aziz bercakap benar berkenaan cubaan melantik Tengku Razaleigh Hamzah untuk ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Sepatutnya dengan mudah, Nik Aziz boleh kata tidak, nehi, no, em tak, atau sebagainya menafikan hal tersebut, tapi Nik Aziz memilih untuk mengata Datuk Seri Zahrain sebagai SAMPAH di bulan Ramadhan yang mulia ini. Nik Aziz cakap begitu sebab Datuk Seri Zahrain orang lompat parti. Tapi dulu masa Anwar nak buat projek 16 September kononnya ada orang BN nak lompat join Anwar dan bentuk kerajaan, kenapa Nik Aziz tak kata semua tu SAMPAH tapi pakat-pakat sokong plak?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages