Nampaknya PAS terkesima tak tau nak cakap apa selain membangkang apabila Dato Seri Najib mengumumkan bahawa satu Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Pilihanraya akan diadakan. Dato Seri Najib juga menjemput ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang untuk menyertai jawatankuasa tersebut.
Belum tertubuh dan buat apa-apa Naib Presiden PAS paling bijak di alam kulat berkata:
"Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."
Tapi anak Papa, Nurul Izzah pula mahukan Pemimpin Pakatan mengetuai jawatankuasa tersebut. Ait..belum apa-apa nak jadi kepala? Biasalah bapak borek anak rintik..nak duduk atas sahaje..
"Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa berkenaan perlu diketuai oleh pemimpin pembangkang bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan penubuhannya."
Pemimpin pembangkang telus? berkesan? Ayat apa kah ini? Kambing boleh la kau tipu oi..
Yang ni sorang lagi, Din Pudu namanya..ada plak dia serahkan pada rakyat untuk beri bukti p/raya tak betol. Ke pasal selama ni PAS cuba bagi bukti yang SPR tak betol semua tu cuma fitnah?
"Setelah gagal panggil sidang Parlimen kami mendesak supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pendengaran awam agar rakyat dapat kemukakan bukti mengenai penyelewengan yang berlaku," katanya."
Tapi pelik juga, dalam Pakatan, sorang kata setuju, sorang kata tak setuju, sorang pulak nak jadi ketua.
Datuk Seri Nazri Aziz kemudian menjawab persoalan tersebut:
"Kepada soalan tentang tuntutan yang disuarakan para ahli parlimen pembangkang mahu salah seorang dari mereka mengetuai jawatankuasa itu, Nazri menjelaskan perlantikan seorang Ahli Parlimen pembangkang mengetuai sesebuah jawatan Parlimen bukanlah menjadi satu amalan.
Orang macam ini kah yang Nurul Izzah kata telus? Ke dia nak Papa dia jadi pengerusi?
Menurut menteri itu hal seumpama itu tidak harus dipersoalkan kerana siapapun jadi pengerusi akhirnya sesuatu keputusan perlu dibuat sebulat suara.
"Perkara ini remeh sangat, memang amalan itu tidak berlaku. Kalau mereka pengerusi pun, kalau tak dapat persetujuan ahli jawatankuasa, mereka tak boleh buat apa. Sama juga apabila kerajaan jadi pengerusi pun, akhirnya keputusan yang dibuat sebulat suara juga," katanya.
Nazri menjelaskan kebiasaannya jawatankuasa parlimen diketuai oleh seorang menteri kerana jawatannya akan memudahkan urusan pentabiran dan pengunaan kemudahan."
Diorang ni faham ke tak faham istilah jawatankuasa? Nampak sangat la diorang ni meroyan nakkan kuasa..dia ingat bila diorang jadi pengerusi, diorang boleh buat suka hati mak bapak diorang ke...
No comments:
Post a Comment