Berita orang PKR bawah jagaan Azmin keluar dah lebih dari dua hari, tapi Azmin masih terus senyap kenapa?
"KUALA LUMPUR 21 Ogos (Utusan) - Tawar hati dan kecewa dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), seramai 40 ahli parti itu dari Cabang Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Borang Keahlian UMNO di Taman Selayang dekat sini.
Wakil bekas ahli PKR itu, Hairul Jasry Jamaluddin, 31, berkata, dia mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang disifatkannya semakin menyimpang daripada matlamat asal.
Katanya, malah tindakan pembangkang mempersoalkan isu pilihan raya adalah mengarut kerana dia dapat menyaksikan sendiri perjalanan pilihan raya selaku ejen pengundi PKR pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya, mereka pasti akan pertikai keputusan itu namun sebaliknya berlaku jika PKR yang menang.
"Setelah saya berdebat dan berbincang dengan Megat Zulkarnain sejak tiga bulan lepas, saya mendapat gambaran dan tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR," katanya pada majlis berkenaan.
Bekas Setiausaha Biro Keusahawanan Cabang PKR Gombak, Azhar Abd. Aziz berkata, tindakan PKR mengabaikan perjuangan ahli yang bekerja keras untuk parti itu pada pilihan raya 2008 membuatkannya tawar hati dengan PKR.
Pada masa sama katanya, tindakan pembangkang yang mengetepikan kepentingan agama sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang juga mendorong kepada tindakannya itu.
"Saya berasa lega dapat menyerahkan borang keluar parti hari ini dan bercadang untuk membantu jentera UMNO di Gombak," katanya.
Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, keputusan bekas ahli PKR itu merupakan penghijrahan yang baik dan tamparan kepada pimpinan parti itu khasnya Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Katanya, majlis itu diadakan bagi mengambil keberkatan Ramadan dan supaya tidak timbul fitnah di kalangan pembangkang.
"Mereka keluar parti setelah menyedari matlamat sebenar PKR dan pimpinan parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan mengetepikan kepentingan rakyat.
"Ia juga petanda kepada perubahan dan kebangkitan di kalangan generasi muda untuk meninggalkan PKR dan menyertai BN," katanya."
Selalunya mesti kenyataan balas dari Azmin ni cepat, sekurang-kurangnya mesti dia tuduh ini UMNO punya kerja...tapi la ni masih senyap je..ke dia dah tak hirau orang bawahannya sepertimana cakap-cakap yang didengar sebab dia sibuk jaga bos dia?
No comments:
Post a Comment