Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, June 13, 2011

PAS kena gugurkan negara Islam, DAP dan PKR gugur apa?

Lim Kit Siang: hahahha...manyak bolo ini dua olang....
Hadi: kalu menang sok, biar ambo jadi PM la...anuwo ni aku sumbak jel
Anwar: Bangang punya hadi...lim kit siang ni nanti aku siang la..hehehe..

Dalam banyak-banyak parti dalam Pakatan Haram, parti yang mana sudah buang prinsip asas mereka? OK mari kita lihat satu persatu prinsip parti-parti berkenaan.

DAP

Sepertimana yang kita tahu DAP tidak pernah menukar satu pon prinsip perjuangan mereka. Secara umum, mereka menuntu kesamarataan hak untuk semua rakyat Malaysia tak kira Cina tu minoriti ke, Melayu majoriti ke, India minoriti ke, namun mereka lebih memperjuangkan untuk kaum Cina, terutamanya yang berugama Kristian, dan itu lah prinsip perjuangan mereka sekian lama. Jadi ada DAP ubah apa-apa tentang perjuangan mereka? 

PKR

Sejak tertubuhnya parti ini, walaupon namanya Parti Keadilan Rakyat, tetapi keadilan bukanlah prinsip yang mereka perjuangkan. PKR hanya memperjuangkan cita-cita Anwar sekeluarga untuk menerajui pentadbiran negara. Walau apa pon yang ditulis dalam perlembagaan mereka, PKR memperjuangkan Anwar, tetapi itu tetap menjadi perjuangan mereka yang konsisten sejak dari awal penubuhan lagi. Dengan masalah yang melanda Pakatan Rakyat hampir ke semuanya berpunca dari PKR (video seks Anwar, elizabeth Wong bogel, yang lompat parti pon banyak dari PKR) kenapa tiada perubahan berlaku dalam PKR..sebaliknya PAS yang kena gugur prinsip perjuangan penting mereka?

PAS

Sepertimana yang kita tahu, sejak dari dulu, cita-cita PAS ialah menegakkan pemerintahan Islam di negara ini. Mereka mengkafirkan UMNO sebab UMNO tidak menegakkan negara Islam, pemerintahan Islam dan hukum hudud. Dan semua orang tahu yang cita-cita PAS ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Itu memang konsisten dalam perjuangan PAS sejak sekian lama. Namun, setelah PAS menang banyak dalam pilihanraya 2008, cerita pasal hukum hudud senyap sepi. Ini kerana ingin menjaga hati Anwar dan DAP. Dan terbaru, Haji Hadi berkata, negara Islam itu tiada pon dalam al-Quran, dan PAS akan fokus kepada pembentukan negara berkebajikan.


Ceritanya sekarang, kenapa PAS harus gugurkan negara Islam? Sedangkan Haji Hadi boleh masih mengekalkan slogan negara Islam, tetapi parti lain harus menerima prinsip tersebut dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Walaupon atas nama negara berkebajikan pon, slogan negara Islam masih boleh dikekalkan bukan? Tak usah lah letak nama Parti PAS sebagai Parti Islam SeMalaysia kalau nama Islam pon malu hendak mereka perjuangkan

Haji Hadi sepatutnya menerangkan negara Islam itu bukan untuk orang Islam sahaja, bahkan ia akan menjaga juga hal-ehwal bukan Islam. Adakah Haji Hadi tidak tahu bagaimana menerangkan keindahan Islam kepada rakan-rakan mereka, tapi reti pulak nak menuduh dan memburukkan UMNO macam-macam? 

Negara Islam juga adalah komponen utama PAS, dan ia telah dijaja oleh PAS kepada penyokong-penyokong mahupon rakyat Malaysia sejak sekian lama, tetapi kenapa dengan mudah Haji Hadi gugurkan?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages