Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, June 6, 2011

PAS akhirnya mengkafirkan Partinya dan ahli-ahlinya sendiri


Dulu PAS sibuk melabelkan UMNO sebagai kafir dan sesiapa yang menyokong UMNO boleh jadi kafir sebab UMNO tolak Islam. Siapa yang sokong PAS tak jadi kafir sebab PAS nak tegak negara Islam, nak tegak hudud. Itulah cerita-cerita yang mereka berikan di dalam ceramah-ceramah mereka untuk mempengaruhi minda rakyat seluruh Malaysia sejak sekian lama. Maka percayalah ramai antara kita, menyokong UMNO itu berdosa dan PAS lah yang akan menegakkan negara Islam dan hukum hudud di Malaysia ini.

Allah itu Maha Kaya. Atas tafsiran PAS itu sendiri, baru-baru ini Haji Hadi sendiri kata PAS tidak akan tumpu kepada mewujudkan negara Islam sebab itu tak disebut dalam al-Quran. Sebaliknya pulak, PAS akan ikut Anwar dan Lim Kit Siang nak tubuh negara berkebajikan. Jadi apa yang PAS ceramah pada penyokong-penyokong mereka itu jadi apa? Selama apa yang PAS tuduh UMNO tolak negara Islam itu jadi apa? Selama apa yang Nik Aziz tuduh dan kata UMNO tolak Islam jadi kafir tu ape? Kalau mengikut isi-isii ceramah yang diceritakan tadi, boleh lah ditakrifkan bahawa, PAS sendiri telah mengkafirkan diri mereka sendiri sebab tolak negara Islam.

Takkan cerdik pandai dalam PAS tak perasan hal ini? Atau mereka ini semua dibutakan oleh duit yang ditaburkan dalam pemilihan baru-baru ini? Ya, dengan kemenangan orang-orang Pro Anwar dalam PAS menunjukkan mereka sedang bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang, tapi sayang, mereka mengorbankan prinsip dan pegangan yang mereka pegang selama ini. Mungkin mereka fikir dengan perubahan ini, PAS sedang kuat...tapi rakyat tidak bodoh...ibarat kata pepatah, "Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya"...siapa yang dulu janji nak tegak hudud? siapa dulu janji nak tegakkan negara Islam? Janji tinggal janji dan akhirnya mereka kafirkan mereka sendiri..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages