Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, June 28, 2011

Kisah Anak dan Bapa yang terlibat dalam BERSIH 2

Di suatu petang..in a not too distant future..

Anak: Abah...abah..tadi mamat browse la kat Internet, tiba-tiba jumpa muka abah la bah

Abah: Oww..ye ke? Pasal abah dapat anugerah ke mamat? Dulu-dulu memang abah selalu dapat anugerah..siap dapat biasiswa lagi dari kerajaan

Anak: Ehh.bukan bah..ada gambar abah kena tangkap dengan polis..kalau tak silap tarikhnya 9 Julai 2011

Abah: Ooohh..itu masa Abah aktif perjuangkan nasib rakyat..ye la masa tu nak menuntut pilihanraya lebih adil..BN banyak main tipu dalam pilihanraya...nama perhimpunan tu BERSIH..tu yg second time tu..

Anak: Eh...abah..tak silap saya..bukan ke masa tahun 2008 BN kalah teruk? Pembangkang pon masa tu dapat rampas 5 negeri...lepas tu Pembangkan menang banyak kali dalam pilihanraya kecil lepas-lepas tu..kalau la tak adil..takkan boleh menang bah?

Abah: Ahh..kau budak kecik..kau mana tau..kau pon belum lahir lagi..

Itu la agaknya anak-anak akan tanya mak bapak diorang yang akan join BERSHIt 2 tu nanti kot? Hahahah..
Entah ke mana la kepala hotak diorang ni yang beriya-iya nak join BERSHIt 2 tu..Mungkin la kot kerana mereka marahkan kerajaan mereka sanggup beramai-ramai berarak..dan mereka ingin perjuangkan demokrasi...hendakkan pilihanraya yang lebih telus dan lebih adil. Kalau SPR tak adil:

1) Bagaimana Kelantan boleh kekal menang sampai Nik Aziz boleh jadi MB selama 20 tahun lebih?
2) Bagaimana Pakatan boleh menang di 5 buah negeri??
3) Bagaimana Anwar yang dulu masuk jel, pastu keluar jel still boleh menang Parlimen Permatang Pauh?

Kalau lah kami jadi pengerusi SPR, dah lama dah kami buat macam-macam supaya BN menang 90% kerusi Parlimen dan di semua DUN di setiap negeri DALAM SETIAP PILIHANRAYA KECIL ATAU UMUM. Habis tu kalau orang dah kata zalim sangat, baik kami jadi zalim sebab dah alang-alang kan ngata kami zalim kan?? 

Tapi kenapa SPR tak buat macam tu ye?

Harap Polis dapat balun cukup-cukup sesiapa sahaja yang cuba melanggar peraturan kerana dah sah perhimpunan BERSIH 2 tu tiada permit! Biarla nampak pon satu dunia Polis balun pendemonstrasi-pendemonstrasi BERSIH 2 ni, bukan tak biasa keluar kat tiwi pon..mana-mana dalam dunia ni pon ada kan? Apa nak heran...so harap kepada Polis...Belasah jeee...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages