Di bawah pemerintahan Khalid Ibrahim dan konco-konco Pakatan Rakyat, tiada kata-kata lain yang boleh menyimpulkan keadaan pentadbiran mereka iaitu: HURU-HARA.
Terbaru, Khalid mengarahkan bahawa tanah-tanah pengusaha tapak semaian di Sungai Buloh diserahkan kepada Yayasan Selangor. Alasannya ialah, tanah-tanah tersebut mempunyai paip di bawah tanah. Apa pon alasannya, kerajaan memang layak mengambil tanah-tanah TOL tersebut. Namun, yang peliknya ialah, kenapa beri kepada Yayasan Selangor? Dan pada masa yang sama, dikatakan bahawa Khalid ibrahim cakap, sebuah anak syarikat negeri yang memang secara langsung terbabit dengan hal-ehwal pengurusan pertanian dan tanah iaitu PKPS tak layak sebab tiada kepakaran dalam hal ini?
Apa yang istimewa sangat Yayasan Selangor yang sepatutnya tumpu pada pendidikan, sampai Khalid nak suruh urus tanah ni? Semua orang sudah tahu yang di bawah pemerintahan Khalid Ibrahim, tak semena-mena Yayasan Selangor telah mencatatkan defisit sebanyak RM7 juta. Bayangkanlah dengan defisit tersebut, bermakna, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, Yayasan Selangor telah kehilangan sebanyak RM80 juta secara keseluruahnnya!! Rakyat mungkin terpesona dengan resume Khalid Ibrahim yang dikatakan pernah memimpin Guthrie, PNB dan sebagainya, namun, inilah jadinya.
Mengikut laporan, pendapatan pengusaha-pengusaha tapak semaian tersebut adalah sebanyak Rm2 juta setahun. Khalid nampaknya ingin memaksimakan keuntungan Yayasan Selangor untuk cover kehilangan wang Yayasan itu sendiri tanpa mengira kedudukan pengusaha-pengusaha tersebut walaupon objektif yayasan Selangor adalah untuk pendidikan belia.
Pada masa yang sama juga, mstar telah melaporkan bahawa wakil PKR dan ADUN PKR di Selangor diminta mendapatkan derma sekurang-kurangnya RM 2 juta daripada orang ramai untuk PRU akan datang.
Mungkin ia juga ada kaitan dengan laporan tersebut, dan rakyat harus bijak menilai untuk tidak lagi memilih mereka ini dalam Pilihanraya akan datang. Ini kerana, mereka dengan mudah meruntuh dan merosakkan apa yang BN telah bina selama ini di Selangor hanya untuk memenuhi keuntungan mereka sendiri dan cita-cita politik mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment