Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, April 19, 2011

Pengundi Cina dah bersatu, PAS masih sibuk nak pecahkan Melayu?


DAP nampaknya adalah parti komponen yang paling berjaya dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kejayaan mereka dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya kecil dianggap konsisten di atas standard parti pembangkang. Ok, tapi itu bukan cerita yang sebenarnya nak ditulis disini. Apa yang kami nak highlight kan di sini ialah di mana letaknya PAS di Pakatan Rakyat sekarang?

PAS adalah parti yang paling tua di dalam Pakatan Haram, namun PAS terpaksa terima hakikat mereka hanya taraf balaci sahaja. Yang malangnya ialah, PAS ini parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam, tetapi kenapa seperti parti kelas tiga di dalam Pakatan? Nampak sangat PAS tak mampu untuk mengemudi Pakatan Haram, kerana mereka sering mengikut rentak PKR dan DAP. Jadi bagaimana pula PAS hendak menegakkan agama Islam dan negara Islam seperti yang mereka laung-laungkan? PAS sering bangga dengan kepimpinan ulama mereka tetapi sayang, ulama yang PAS ada amatlah cetek ilmu mereka apabila sering mengikut rentak Anwar dan Lim Kit Siang.

Dengan bersatunya pengundi Cina di seluruh negara, kepentingan untuk orang Melayu bersatu amatlah bertepatan dalam masa sekarang ini. Namun, adakah PAS tempat untuk orang Melayu memusatkan undi mereka supaya dapat menyangkal kemaraan DAP? Semestinya tidak!! PKR jangan cerita lah, selagi Anwar ada sebagai Ketua Umum, Anwar pasti akan membawa partinya karam akibat dari perangai dan kelemahan kepimpinannya. Di situ lah letaknya UMNO, tempat untuk orang Melayu bersatu. Bukan mendabik dada, UMNO itu suci, bersih 100%, namun, dengan kepimpinan Dato Seri Najib, UMNO akan, sedang dan telah mengalami transformasi yang lebih mesra rakyat. 

Marilah kita bersatu dan tunjukkan bahawa orang Melayu masih bersatu di bumi Malaysia ini!! 

1 comment:

  1. Sesuatu yang amat dikesali.

    Ayah ku menjadi ahli Pas hampir 10 tahun. Nampaknya keadaan semakin berubah. Pas telah berjaya mentarbiah ayahku menjadi seorang yang kasar akhlaknya. Keadaan ini jauh berbeza dari sebelum menjadi ahli Pas.
    Semalam aku ke rumah orang tuaku utk membincangkan kenduri kahwin adikku. Ibuku bercadang untuk membuat sedikit doa selamat dan tahlil pada malam kenduri. Ayahku tiba2 melenting tidak bersetuju."Buat apa buat kenduri doa selamat. Kalau nak buat sangat biar buat kat surau(surau pas). Kat situ semua orang bersembahyang orang doa lebih makbul dan afdal. Ini buat kat rumah, kalau yang berdoa tu "bukannya kaki sembahyang... membazir saja" tengking ayah kepada ibu. " Ini tidak, nak ikut orang UMNO kat sebelah tu.. buat kenduri tapi tak sembahyang" sambil meninggikan suara supaya jiran sebelah boleh dengar. Kebetulan rumah bapa ku dengan jiran sebelah menyebelah, rumah flat pintu mengadap.
    Alangkah buruknya akhlak bapaku sekarang. Mungkin jiran UMNO sebelah tu tak kuat sembahyang. Tapi sekurang2nya apabila ada saudara maraku dikampung, jirantulah yang datang ziarah walaupun tiada kena mengena.
    Berbeza sungguh dengan orang2 tabligh. Patutlah bapaku dan orang2 Pas tak berapa gam dgn orang tabligh. Selalu juga aku dengar orang Pas memperkecilan orang2 tabligh. Sekurang2nya orang tabligh datang mengajak manusia berbuat baik manakala orang Pas terus menghukum dan menentukan pahala dan dosa, syurga dan neraka orang lain.
    YaAllah. Selamatkan umat Islam dan Melayu.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages