Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, April 15, 2011

PAS dah takut pulak nak buat solat hajat?

Solat hajat PAS di Masjid Khalifah Nga Kor Ming Ipoh.

Kami amat tertarik dengan saranan Ketua UMNO Bhg Sungai Besar, menggesa PAS buat lebih banyak lagi solat hajat untuk memohon ditunjukkan kebenaran terutama mengenai perilaku Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.


“Satu demi satu kebenaran muncul. Jika sebelum ini, video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, yang mirip wajahnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semalam, satu lagi pendedahan dan pengakuan jujur yang datang dari seseorang yang dikatakan orang kanan Anwar Ibrahim, bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak ada tanggungjawab dan peranan dalam pembunuhan yang melibatkan model Monggolia, Altantuya Sharibuu yang pernah mengemparkan dunia satu ketika dulu.

“Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah mengherdik seorang wartawan wanita dan menyuruhnya bertanyakan pada Datuk Seri Najib mengenai pembunuhan Altantuya, tapi belum pun seminggu, RPK telah menjawab bagi pihak Datuk Seri Najib bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dan akuan bersumpahnya sebelum ini yang mengaitkan Najib dan isteri, dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri ,” katanya. (UMNO-online)

Pelbagai tanda-tanda telah dipertunjukkan oleh Allah SWT berkenaan dengan perilaku Anwar ini. Selain dari kes liwat dan juga kes video seks yang mengaitkan Anwar, ramai pejuang-pejuang PKR sendiri telah pon keluar parti, di mana antaranya adalah orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri. Semalam, Raja Petra Kamarudin pula tampil mendedahkan isu tuduhan di atas pembunuhan Altantuya terhadap Datin Rosmah Mansor dan Dato Najib sendiri.

Yang paling pelik ialah, dulu ketika pakatan melibatkan Dato Najib dan Datin Rosmah dengan pembunuhan tersebut, ramai penyokong Pakatan dengan mudah menerimanya walaupun tanpa bukti yang jelas. Sedangkan apabila isu video seks Anwar terdedah, disertakan dengan bukti video, mereka tak mahu pula terima. Ketaksuban telah pon menjadi amalan mereka, namun ketaksuban itu sendiri akan memakan mereka itu sendiri.

Oleh itu, diharap PAS buat lah lebih banyak solat hajat. Insya Allah, kebenaran akan lebih jelas terbukti. Jangan tak redha pulak kalau kebenaran itu tidak memihak kepada PAS!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages