Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, April 12, 2011

Anwar kena bambu Khalid tengah seronok??.


Khalid Ibrahim bukan main seronok sekarang ni. Maklumlah sekarang ni fokus dah tidak pada dia. Sedangkan isu perbelanjaan PKNS tu satu benda yang serius. Tapi oleh kerana fokus sekarang terletak pada Anwar akibat dari video seks yang ada muka dia, dan juga pilihanraya Sarawak, maka setakat ini dia terlepas.

Namun rakyat negeri Selangor sekarang sudah tau perangai Khalid. Enakmen Kebebasan Maklumat yang baru-baru ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya retorik semata-mata kerana maklumat kamera intip cuba disorok oleh Khalid dari pengetahuan rakyat. Manakala Pengurus Besar Yayasan Selangor boleh pula terlepas dari apa-apa tindakan dan Timbalan pula yang jadi kambing hitam. Khalid sendiri pon senang lenang lepas dari isu defisit kewangan Yayasan Selangor. 

Mana taknya, selama 3 tahun memerintah, koleksi perilaku ganjil dan jijik pemimpin Pakatan menjadi makanan kepada rakyat Selangor. Elizabeth Wong yang bersama "gambar semak" yang diambil kekasih Melayunya, Anwar dan video seksnya, kes liwatnya. Khalid sendiri pernah berhutang dengan sebuah bank sebanyak RM66 juta. Itu belum kira Khalid sebagai menteri Besar Selangor bentang Bajet Negeri tipu selama tiga tahun!! 

Begitu lah cara Pakatan memerintah negeri. Dahla satu pelaburan pon tak bawa masuk, duit rakyat pula dikikis. Akhirnya rakyat Selangor yang jadi mangsa. Sebelum negeri ini jadi muflis, maka eloklah kita bersatu untuk halau dari tampuk pemerintahan mereka ini di Pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages