Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 21, 2011

Video Seks konspirasi Anwar?: Dia kata lelaki dalam video perut buncit, tapi ngaku belum tengok

ini bukan salah satu aksi dalam video tersebut

Seperti biasa Anwar berbelit-belit ayatnya menafikan bahawa dia terbabit dengan video seks berkenaan. Tetapi kalau ikut Buletin Utama tadi, dia kata dia belum tengok video tu. Memang tak ramai yang sudah menonton video tersebut. Namun menurut blogger Kickdefella, yang baru-baru ini menelanjangkan kebobrokan Kerajaan PAS Kelantan menulis:

"Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua."

Rakan Pakatan, PAS juga dilihat menggelupur kelecusan mendengar perkhabaran mengenai video seks ini apabila dikatakan memanggil mesyuarat tergempar untuk pimpinan pusat parti malam ini. 

Penganjur yang dinamakan sebagai Dato' T, dikatakan akan menunjukkan video tersebut kepada Anwar. Bagi kami, kalau betol itu Anwar, lebih baik tunjuk video itu pada Nik Aziz, Haji Hadi dan Harun Taib sebelum ditunjuk pada Anwar.

Namun, apa yang menarik, blogger salamsemua dan Ahli Parlimen Kulim Bandar baru Zulkfli Noordin dalam blognya mengingatkan bahawa ini mungkin salah satu mainan Anwar untuk mengaburi isu DNA dalam kes liwatnya. Isu video seks ini akan menjadikan satu platform untuk Anwar menyalahkan BN dalam cuba menjatuhkan maruahnya.
Zulkifli menulis:
"Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebihkurang satu decoy lah yop!


Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. "

Yang agak pelik ialah Anwar mengaku belum tengok video tersebut, tetapi dia boleh beritahu rupa lelaki terbabit berperut buncit dan mempunyai rupa sepertinya. Macamana ni?

1 comment:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages