Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, March 23, 2011

Din Puduraya: Aahh..shut up you ulama!

Salahuddin Ayub @ Din Puduraya kata: Shut up ulama!!

PAS selalu menuduh UMNO sebagai tidak Islam, tidak mengamalkan pemerintahan Islam dan mereka sering melaung-laungkan yang mereka mengamalkan kepimpinan ulama. Namum secara realitinya, Ulama yang PAS sendiri iktiraf diketepikan dalam bersuara.

Sebagai contoh, Naib Presiden PAS atau kini dikenali sebagai Din Puduraya, telah menyanggah kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS berhubung hubungan PAS dengan PKR berkaitan isu video seks yang mengaitkan Anwar.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAs, Datuk Harun Taib berkata PAS akan menilai semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai pelaku dalam video seks berkenaan. Diakui bahawa, Datuk Harun Taib,  berbicara di atas paksi yang lojik kerana masih terdapat kemungkinan Anwar yang terlibat kerana, tidak siapa termasuk Anwar sendiri sudah menonton video itu.

Namun, mstar melaporkan bahawa Salahudin Ayub menegaskan kenyatan Harun Taib adalah pendapat peribadinya.
"On PAS ulama council chief Datuk Harun Taib’s statement that the party might review its political ties if the sex video was authentic, Salahuddin said: “That is his own view.”"

Kesian ulama dalam PAS, hanya diketis-ketis seumpama habuk sahaja. Pendapat mereka hanya dipandang sepi oleh Din Puduraya. PAS lebih mendengar Anwar dari Dewan Ulama yang mereka lantik sendiri. Ini menunjukkan bahawa, Dewan Ulama PAS tak ubah seperti maskot yang hanya digunakan oleh PAS untuk menunjukkan bahawa mereka perjuangkan Islam dan kepimpinan Ulama. Tapi dari segi suara untuk mewakili PAS, ulama tiada kuasa untuk berbuat demikian kerana ia pasti menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi ketua Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages